Sokong Kempen World Quran Hour

Kempen World Quran Hour 11 September bersamaan 9 Zulhijjah 1437H dalam kalender Islam bagi mengajak orang ramai membaca Al-Quran secara serentak bermula jam 9:00 pagi hingga jam 10:00 pagi. Kempen ini dilancarkan bukan sekadar di Malaysia malah disebarkan ke seluruh dunia.
world quran hour
Ramai pihak yang terlibat untuk bersama melakukan kempen World Quran Hour ini termasuklah artis Malaysia seperti Rosyam Nor, Uyaina Arshad, ahli politik seperti Wan Azizah, TGHH, PM dan ramai lagi individu termasuk orang awam melalui media massa, applikasi, dan perbualan.
rosyam-nor-quran-hour
Tiada signifikan kempen ini mengenai dalil agama namun kempen ini bersifat muamalah. Ertinya kempen khusus ini bukanlah bersifat ajaran khusus dalam Islam namun tujuan (qasad) kempen ini bertepatan dengan tuntutan agar muslim membaca al-Quran. Dengan kempen World Quran Hour yang dilakukan semua peringkat, insyaAllah ia dapat menarik minat semua golongan.

Ya, tanpa kempen ini pun muslim boleh baca Quran. Namun apakah ertinya kempen ini?

Sudah tiba masanya muslim harus kembali kepada tautan ukhuwwah Islamiah. Dengan kempen ini ramai muslim secara individu, keluarga dan rakan dapat berkumpul bersama-sama membaca Al-Quran.

Kempen ini menyebarkan syiar Islam secara tidak langsung kepada manusia sejagat. Kemudahan komunikasi yang ada pada hari ini sekiranya dimanfaatkan dengan baik akan menatijahkan kepada kebaikan.

Menghubungkan hati-hati ummah kepada Sang Pencipta. Dengan adanya kempen ini, yang tidak pernah membaca Quran pun akan serta. Yang jarang membaca Quran pun akan serta. Yang rajin membaca Quran akan serta. Dengan wujudnya suasana ini, ummah (InsyaAllah) dapat menghubungkan kembali hati mereka (recall) kepada Tuhan yang Esa.

Mengangkat martabat dan kemuliaan wahyu. Kita tahu Quran bukan sekadar kitab yang dibaca begitu sahaja. Namun kewujudan aktiviti ini akan meningkatkan kefahaman terhadap tujuan wahyu ini diturunkan. Dalam liqa atau dalam program yang mana kempen ini dilakukan, penjelasan dan huraian mengenai teks-teks Quran dapat dilakukan. Dan ia secara langsung dapat disampaikan kepada orang ramai.

Perlu difahami bahawa kempen Worl Quran Hour hanya bersifat muamalah yang mana manusia harus kreatif dalam menyampaikan dakwah dan kesedaran di samping mengajak manusia mencintai Quran. Kempen yang dilakukan pada masa ini tidak ada kaitan pun dengan ajaran khusus (yang berkaitan hukum wajib dan seumpamanya).

Semoga usaha ini berterusan setiap tahun dan mampu memberi kesan positif kepada ummat Islam.