Virus Zika Melanda Sabah Berita Viral Penduduk Dijangkiti Zika

virus zika melanda sabah

Virus Zika Melanda Sabah. Setelah laporan jangkitan virus zika didapati di Singapura, kini laporan terbaru pula telah sampai di Malaysia. 2 Sept lalu, satu laporan jangkitan telah diterima di Likas Sabah.

Pesakit ini ialah seorang lelaki berbangsa Dusun berusia 61 tahun menetap di Taman Public Jaya Likas, Sabah. Pesakit mula mengalami demam pada 27 Ogos 2016 dan mendapatkan rawatan pada kali pertama di Klinik Kesihatan Luyang pada 30 Ogos 2016. Pada 31 Ogos 2016, pesakit mengalami demam yang lebih teruk, sakit otot serta diarrhea, dan telah mendapatkan rawatan lanjut di Hospital Queen Elizabeth (HQE) 2.

Memandangkan pesakit juga mempunyai co-morbids iaitu menghidap penyakit tekanan darah tinggi, masalah pembuluh darah jantung, penyakit kronik buah pinggang, masalah batu karang dan penyakit gout, keadaan pesakit didapati agak serius ketika dirawat di Jabatan Kecemasan dan Trauma di hospital tersebut. Walau keputusan ujian dari Makmal Kesihatan Awam menunjukkan bahawa darah dan air kencing sampel pesakit didapati positif jangkitan Zika.

Berita Hangat: Betulkah Ini Punca Zulfarhan Mahasiswa UPNM Terbunuh?

Datuk Dr Noor Hisham Abdullah (General-Director of Health Malaysia) dalam satu kenyataan melalui Kementerian Kesihatan Malaysia mengatakan terdapat 11 kes rakyat Malaysia telah disahkan dijangkiti virus zika. 10 daripadanya bekerja di Singapuran dan 1 daripadanya bekerja di Singapura dan menetap di Johor.

Langkah berkesan mengelakkan penyebaran virus ini adalah dengan menjaga kebersihan persekitaran tempat tinggal. Nasihat pengawalan boleh terus ikuti laman KKM.