Ukuran Standard Saiz Gelanggang Badminton (BAM)

Ukuran standard saiz gelanggang badminton penting agar ia memenuhi spesifikasi yang dikehendaki dalam sukan ini. Badminton Association Malaysia (BAM) selari dengan Internationan Badminton Federation mengenai standard ukuran gelanggang badminton. Sekiranya anda terlibat di dalam pembinaan atau menentukan standard mana-mana gelanggang badminton, maka ia mestilah memenuhi spesifikasi yang ditetapkan.

Permainan sukan badminton terbahagi kepada tiga iaitu single, double dan mix double. Manakalah kategori pula terbahagi kepada single lelaki, single perempuan, double lelaki, double perempuan dan mix double. Ruang petak dan saiz gelanggang bagi permainan single lebih kecil berbanding permainan double.

Berapakah Ukuran Standard Saiz Gelanggang Badminton Terkini?

ukuran standard saiz gelanggang badminton
Kredit foto: www.kabarsport.com
  • Panjang: 13.40 meter
  • Lebar: 6.10 meter
  • Tinggi Tiang Net: 1.55 meter
  • Tinggi Net: 1.52 meter

Ilustrasi di bawah menunjukkan ruang permainan single dan ruang permainan double. Manakalah gambar yang kedua pula ialah petak servis yang dimulakan oleh pemain mengikut point semasa.

ukuran standard saiz gelanggang badminton
Petak warna kuning adalah ruang yang digunakan untuk permainan single. Manakalah petak berwarna biru merupakan ruang yang digunakan untuk permainan double.
Kredit Foto: www.kabarsport.com
ukuran standard saiz gelanggang badminton
Petak berwarna biru adalah ruang servis untuk mata genap manakalah petak berwarna kuning adalah ruang servis untuk mata ganjil. Kredit foto: www.kabarsport.com

Sistem kiraan mata badminton telah diubah dari 15 point ke 21 point tanpa mata berganti (over) yang memakan waktu lama. Sistem kiraan terkini lebih menyamai sukan pingpong dan tenis. Oleh itu, setiap pemain badminton yang akan memulakan pukulan mestilah mengikut mata semasa. Sebagai contoh, sekiranya point Lin Dan semasa memulakan servis ialah 15, maka dia hendaklah berada di petak berwarna kuning. Dan begitulah sebaliknya sekiranya point beliau ialah nombor genap, (i.e: 0,2,4,6,8,10,12,14,16,18,20) maka hendaklah mula servis di petak berwarna biru.

Cara menentukan pemenang bagi sukan badminton ialah pemain yang mendahului mata 21 akan dikira pemenang dalam satu set. Sekiranya berlaku seri perlawanan, maka set ketiga akan dimainkan untuk menentukan kemenangan mutlak. Set yang ketiga akan dimainkan dengan 11 mata pertama kemudian bertukar tempat untuk mata berikutnya sehingga mata kemenangan dicapai oleh mana-mana pemain dalam persaingan tersebut.

Ikuti siaran live sukan semasa: www.livesukan.com

MENARIK: Harta Lee Chong Wei Cecah RM300 Juta