Ukuran Standard Padang Bola Sepak Sejarah dan Lakaran

Ukuran Standard Padang Bola Sepak

Bola sepak adalah sukan yang paling digemari di dunia dan ia melibatkan berbilion peminat dari pelbagai negara. Ia dimainkan di sebuah padang yang melibatkan 22 pemain dan dua pasukan pada satu-satu masa. Permainan ini hanya menggunakan 1 biji bola dengan satu matlamat iaitu menjaringkan gol. Pasukan yang menjaring paling banyak gol akan dikira sebagai pemenang mutlak. Dan beberapa lagi peraturan yang terperinci yang pastinya hampir semua pemiat bola sudah mengetahuinya. Di sini, kami ingin kongsikan ukuran standard padang bola sepak sebagai panduan kepada semua pihak yang ingin membina pada bola sebagai tempat rekresia dan juga anjuran kesukanan negara.

Secara umumnya, kita melihat rekabentuk padang bola empat segi dan di tengahnya ada bulatan dan dua bahagian mempunyai petak gol. Pada asalnya garisan padang bola sepak bukanlah seperti yang ada hari ini. Namun segalanya bermula pada tahun 1863 selepas penubuhan Persatuan Bolasepak (FA) dan penubuhan Lembaga Persatuan Bolasepak Antarabangsa (IFAB) pada 1886 dan Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) pada 1906 yang mulai membincangkan dan meletakkan hal-hal teknikal mengenai padang bola.

Perlembagaan Persatuan Bolasepak (FA)

Selepas penubuhan-penubuhan jawatankuasa bola sepak di seluruh dunia, maka berlakulah perkembangan dan perubahan mengenai padang bola dan akhirnya ukuran standard padang bola yang kita lihat hari ini adalah hasil daripada pelbagai perbincangan untuk memastikan ia dapat diikuti dan dipatuhi bagi memenuhi standard dan keperluan yang serasi untuk sukan ini di seluruh negara.

Beberapa Peristiwa Yang Mengubah Standard Padang Bola

Perkara yang paling memberi kesan di dalam permainan bola sepak ialah garisan. Ia melibatkan sepakan percuma, tendangan sudut, out, foul dan juga penentuan kawasan off side. Maka sebab itu petak penalti mempunyai dua petak. Petak besar pada asalnya tidak wujud. Namun apabila peraturan tendangan percuma (penalty) diwujudkan bagi memberi denda kepada penjaga gol yang memegang bola di jarak 12 meter dari petak gol, maka disinilah masalah berlaku. Ia menyukarkan pengadil untuk mengenal pasti kedudukan sebenar kesalahan tersebut. Akhirnya, Petak kedua pun diwujudkan agar memudahkan penjaga gol di mana kawasan dia tidak boleh menyentuh bola.

Begitu juga dengan penambahan tanda di sudut dengan meletakkan bendera dan lengkungan pai untuk memastikan kedudukan bola semasa melakukan sepakan sudut. Ia ditetapkan jarak 7.3 meter dari petak gol sehingga hari ini.

Kisah Permulaan Ukuran Standard Padang Bola Dibuat

Pada tahun 1883, apabila permainan bola sepak mulai dianjurkan ke peringkat antarabangsa, wujud pelbagai masalah yang dialami oleh pasukan-pasukan negara. Apabila peraturan di negara Wales, Scotland dan Ireland berbeza dengan lain, maka rekabentuk standard padang bola akhirnya dilakukan. Ia bagi memastikan tidak berlaku pertikaian di antara negara kelak. Pada asalnya, pasukan yang terlibat hanya akan mematuhi peraturan yang ditetapkan oleh tuan rumah, tetapi masalah tersebut berakhir apabila IFAB telah memutuskan untuk mewujudkan satu peraturan dan standard padang bola yang wajib diikuti oleh seluruh dunia.

Apa yang kita lihat di bawah ini merupakan lakaran yang dijadikan panduan seluruh dunia untuk membina pada bola sepak.

Panduan ini mestilah dipatuhi oleh seluruh kelab dan persatuan bola sepak agar padang bola sepak stadium yang dibina menepati piawaian. Ia juga agar dapat membiasakan pemain yang tentunya akan beraksi di gelanggang lawan di negeri dan negara lain. Ukuran standard ini tidak terpakai untuk padang bola kampung, sekolah dan lain-lain.

Luas keseluruhan sesebuah padang bola ialah 90m x 120m = 10,800 persegi atau 1.08 hektar/2.67 ekar. Dengan saiz sebegini, pemain amatur boleh buat pengsan dan berhenti awal. Sekian.

BERKAITAN: Ukuran Standard Gelanggan Badminton

1 Trackback / Pingback

  1. Ukuran Standard Saiz Gelanggang Badminton (BAM)

Comments are closed.