Ukuran Standard Gelanggang Bola Tampar 2022

Permainan bola tampar atau dikenali volleyball mula diperkenalkan secara rasmi pada tahun 1896. Ia sebenarnya berasal daripada permainan lain iaitu tenis dan bola keranjang kemudian digabungkan menjadi volleyball oleh pengasasnya Prof Willian J. Morgan di Amerika Syarikat. Permainan ini mulai diterima di negara lain pasca perang dunia yang disebarkan oleh tentera AS ke negara-negara Asia. Seperti permainan sukan lain, volleyball juga mempunyai ukuran standard gelanggang bola tampar.

BERKAITAN: Ukuran Standard Gelanggang Badminton

Bola tampar dimainkan oleh dua pasukan yang dipisahkan oleh jaring tinggi di dalam sebuah gelanggang. Setiap pasukan mempunyai 6 pemain dan setiap pemain akan memperoleh giliran untuk membuat servis hantar bola ke arah lawan. Permainan ini lebih menggunakan tangan tetapi anggota tubuh badan lain juga dibenarkan asalkan setiap pemain hanya boleh memukul sekali sahaja dan setiap kali sentuhan dan setiap pasukan hanya dibenarkan membuat pukulan sehingga tiga kali sahaja. Mata diperolehi apabila bola menyentuh gelanggang lawan atau pihak lawan gagal membuat pukulan hantaran.

Berikut Kami Kongsikan Ukuran Standard Gelanggang Bola Tampar Yang Terkini

Secara keseluruhan, panjang sebuah gelanggang bola tampar ialah 18 meter dan lebarnya 9 meter. Bahagian petak kuning merupakan kawasan di mana pemain diposisikan.

Ukuran standard gelanggang bola tampar

Service area adalah di mana seorang pemain berdiri melakukan servis hantara ke pihak lawan sama seperti tenis.

Jaring  bola  tampar  adalah  1m  lebar  dan  9.50m  panjang  yang  diletakkan  di  atas  paksi  garisan  tengah.  Dua  jalur  putih,  5cm  lebar  dan  1m  panjang  dilekatkan  tegak  pada  jaring  dan  diletakkan  di  atas  setiap  garisan tepi.  Ia  dikira  sebagai  sebahagian  daripada  jaring  dan  mengehadkan  ruang  lintasan. Tinggi  jaring  adalah  2.43m  bagi  lelaki  dan  2.24m  bagi  wanita.  Ia  diukur  dari  tengah  gelanggang  bermain  dengan  sebatang  pengukur.  Kedua-dua  hujung  jaring  (di  atas  garisan  tepi,)  mesti  sama  tinggi  daripada  permukaan  bermain  dan  tidak  melebihi  2cm  daripada  tinggi  rasmi.

Tiang-tiang  yang  menyangga  jarring  mestilah  bulat  dan  licin,  dengan  tingginya  2.55m,  seelok-eloknya  yang  dapat  dilaraskan.  Ia  mesti  dipasang  pada  tanah  pada  jarak  antara  0.50-1.00m  daripada  setiap  garisan  tepi. Sepasang  antena  diletakkan  di  kedua-dua  hujung  jaring  serenjang  dengan  garisan  tepi  gelanggang.  Antena  diwarnakan  putih  berbelang  merah.

Sekian.