Persediaan Fizikal Ujian Kelayakan Calon Guru (UKCG) IPG

ujian kelayakan calon guru

Sebelum ini telah dikongsikan contoh soalan ujian INSAK IPG untuk para calon yang telah dipanggil untuk mengikuti Ujian Kelayakan Calon Guru (UKCG). Di sini, akan dikongsikan ujian fizikal yang akan dilalui oleh calon IPG selepas mengikuti ujian bertulis. Untuk makluman calon, ujian bertulis dan fizikal akan dilakukan pada hari yang sama. Oleh itu, calon yang telah dipanggil untuk mengikuti ujian ini harus melakukan persediaan fizikal bagi menghadapi Ujian Kelayakan Calon Guru (UKCG) IPG.

Terdapat lima (5) checkpoint yang akan dilalui oleh calon dalan ujian kecergasan ini:

1.) Ukuran Berat Badan dan Tinggi

  • Mengukur ketinggian dan menimbang berat dengan tujuan mengetahui Body Mass Index (BMI) iaitu kestabilan badan calon yang bakal menjadi guru.
  • Dengan erti kata lain, calon hendaklah berbadan sihat untuk menjadi guru.

2.) Ujian Ketegangan Urat

Ujian ini ada lima (5) tahap. Tujuanya adalah untuk menguji tahap ketegangan urat badan calon.

  1. Tahap pertama, calon dikehendaki berbaring. Lutut diangkat sedikit dengan kaki sudut 90 darjah. Kemudian pada tahap ini calon diminta untuk bangunkan badan mencapai lutut dengan tangan yang lurus.
  2. Tahap kedua, masih dalam keadaan yang sama tetapi calon diminta untuk mencapai lutut menggunakan siku.
  3. Tahap ketiga, calon dikehendaki mencapai lutut dengan kepala dalam keadaan berpeluk tubuh atau tangan yang silang di badan.
  4. Pada tahap keempat, silangkan tangan di kepala kemudian calon dikehendaki mencapai lutut dengan tangan dan kepala.
  5. Calon dikehendaki silangkan tangan di belakang kepala. Kemudian kepala mestilah mencapai lutut.

3.) Lompat Selama 10 Saat

  • Calon akan berdiri di atas garisan yang berbentuk tambah (+). Calon dikehendaki melompat kesemua ruang/sudut tanpa terpijak garisan tersebut selama 10 saat.

4.) Membuka Kaki Sekurang-Kurangnya Satu Hasta

  • Bahagian ini calon dikehendaki membuka kaki sekurang-kurangnya satu hasta, kemudian tangan calon mestilah menyentuh lantai. Calon dikehendaki mengulang menyentuh lantai dan berpaling menyentuh dinding di belakang. Setiap sentuhan dinding dikira 1 markah. Untuk mendapatkan markah penuh, calon dikehendaki menyentuh dinding sebanyak 45 kali.

5.) Lari Sejauh 20 Meter Secara Ulang-Alik

  • Bahagian ini paling mencabar. ┬áCheckpoint ini terbahagi kepada enam (6) tahap. Setiap tahap calon dikehendaki berlari sebanyak tiga kali ulang alik iaitu 120 meter setiap tahap. Ramai calon yang pitam dan pengsan di bahagian ini kerana sangat memenatkan.

Ujian fizikal dalam peringkat saringan kelayakan calon guru wajib kepada semua pemohon yang telah dipanggil untuk mengikuti UKCG. Calon yang gagal menghadiri peringkat ini akan dianggap menarik diri dan menolak tawaran. Semoga semua calon yang mengikuti ujian kelayakan calon guru dalam ujian kecergasan ini dapat melaluinya dengan sukses.