Satu Hari Satu Ayat: Ujian Hidup. Apakah Ertinya dan Keterbatasan Insan

ujian hidup

Dalam satu ayat daripada Surah Al Baqarah, Allah berfirman yang bermaksud, “Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupanya” (Ayat 286). Ayat ini memberi erti bahawa Allah tidak memberikan tanggungjawab atau ujian hidup kepada hambaNya melainkan dalam keadaan hambaNya mampu untuk melaksanakannya.

Ada kalahnya kita bertanya, kenapa kita ditimpah sesuatu ujian. Kenapa kita ditimpah masalah, kesakitan, kesengsaraan dan bermacam jenis ujian. Kembali kepada ayat di atas, sekiranya kita memahami maksudnya, maka tahulah kita bahawa ujian yang kita hadapi itu sebenarnya kita mampu harungi. Sebab itu Allah uji kita kerana Allah tahu kita mampu tempuhinya.

Allah berfirman dalam surah yang sama di Ayat 45, “dan mintalah (pertolongan Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang, dan sesungguhnya sembahyang itu amat berat kecuali bagi orang-orang yang khusyuk”.

Dalam ayat ini, Allah tekankan dua tindakan yang patut diambil kepada hambaNya dalam menghadapi sebarang ujian. Iaitu, kesabaran dan solat. Ia merupakan kunci bagi kejayaan menghadapai ujian hidup yang dihadapi oleh hamba-hambaNya. Kesabaran di sini bererti, kita tidak berputus asa untuk mencapai matlamat dan tidak kalah dengan sebarang ujian. Solat adalah doa dan kekuatan. Ia seperti empowering semangat dan motivasi kita untuk terus mara menghadapi ujian. Solat mendekatkan diri kita kepada Allah. Di situlah sumber untuk permohonan dan kebergantungan.

(Surah AT-Taubah: 111)

“Sesungguhnya Allah telah membeli daripada orang-orang mukmin, diri dan harta mereka dengan memberikan syurga untuk mereka”.

Betapa besarnya ganjaran Allah berikan kepada hamba-hambaNya yang berjaya mengharungi ujian hidup. Sehingga nilai pengorbanan diri dan harta itu menjadi harga yang layak untuk mendapatkan nikmat syurgaNya.