Ubat Penyakit Kencing Manis Paling Berkesan Daripada Biji Tumbuhan

Apakah Ubat Penyakit Kencing Manis Paling Mujarab?

Ketahui fakta tentang penyakit Kencing Manis ini.

Penyakit kencing manis atau istilah sainsnya ialah Diabetes Mellitus merupakan penyakit yang tidak asing lagi di kalangan masyarakat Malaysia. Pada tahun 2015, 17.5 peratus penduduk negara ini menghidapi penyakit kencing manis. Kira-kira 3.5 juta orang dewasa dalam negara menjadi penghidap dengan 9.2 peratus daripadanya tidak menyedari sedang menghidapi penyakit tersebut. Jumlah ini menunjukkan betapa tingginya penghidap penyakit kencing manis di kalangan rakyat Malaysia. Justeru, peningkatan penjagaan kesihatan serta amalan perubatan perlu digalakkan.

Ramai pesakit kencing manis ingin kembali sihat normal seperti rakan-rakan mereka yang lain. Ini kerana, apabila menjadi penghidap penyakit kencing manis, banyak pula pantang yang terpaksa dipatuhi. Terutamanya batas-batas pemakanan.

Sekiranya penyakit ini dibiarkan tanpa dibuat rawatan, ia akan menyebabkan kesan yang sangat kritikal. Sehingga tahap kaki pesakit terpaksa dipotong. Admin tidak berniat menjelaskan secara terperinci mengenai penyakit ini. Anda boleh terus menemui pakar untuk mendapatkan nasihat atau penjelasan.

Apa yang penting bagi semua pesakit kencing manis ialah, ubat yang mampu memberi kesembuhan sempurna. Terdapat banyak jenis ubat penyakit kencing manis di pasaran sama ada keluaran farmasi mahupun tradisional. Namun, ramai yang tidak tahu jenis tumbuhan yang mampu merawat penyakit kencing manis dengan begitu berkesan.

ubat penyakit kencing manis
Biji Maringa kering yang masih berselaput. Buka selaput dan kunya bijinya.

Di sini, WF ingin kongsikan bahawa terdapat sejenis biji tumbuhan semula jadi yang mampu merawat penyakit kencing manis dengan sangat berkesan. Biji ini dinamakan Biji Moringa atau Buah Moringa. Nama lain bagi biji ini ialah Munggai, Merunggai, Kelo, atau Murungaka. Ia banyak ditanam di India. Ia juga subur ditanam dalam iklim Malaysia. Biji ini mudah didapati di supermarket yang menjual pelbagai rempah.

Biji Maringa mengandungi Vitamin A, B1, B2, B3, C, Kalsium, Potasium, Besi, Zink, Kronium, Tembaga, Magnesium, Maganese, Phosphorus, dan 20 jenis asid amino.

Biji Maringa juga mengandungi Cytokinin yang meransang tumbeseran produk pertanian, menambah hasil susu ternak apabila ditambah dalam makanan haiwan, dan mencergaskan regenerasi sel badan.

ubat penyakit kencing manis
Buah pokok Maringa, sesuai dipetik dan dijemur.

Cara menggunakanya mudah sekali. Hanya kupas selaput biji tersebut, kemudian kunya seperti makan kacang. Anda akan rasa sedikit pahit pada permulaanya namun selepas itu anda akan rasa berlemak. Kemudian minum air kosong. Jangan hairan sekiranya anda merasa manis ketika meminum air kosong.

Sekiranya tahap gula badan anda sebanyak >10, amalkan memakan biji Moringa sebanyak tiga biji seminggu. Anda akan merasa kesanya selepas seminggu. Sekiranya tahap gula sudah turun sekitar 6-8, anda boleh megurangkan jumlah penggunakan biji Moringa sebanyak satu biji sehari. Ia sudah memadai.

Sekiranya anda ada menanam pokok ini di halaman rumah, biarkan buahnya masak sehingga berwarna coklat. Pada masa yang paling sesuai untuk dipetik ialah ketika buah Moringa berwarna coklat iaitu sedang-sedang tua atau kering. Kemudian buka biji buah Moringa dan jemur sehingga kering. Pastikan jemur biji tanpa membuka selaputnya yang berwarna putih.

Biji ini terbukti berkesan dan telah lama diamalkan di negara india. Meskipun 66 juta penduduk India mengalami penyakit diabetes pada 2016, namun ia hanya meliputi 8.6 peratus penduduknya berbanding Malaysia 17.5 peratus daripada penduduknya. Perbezaan peratusan ini kerana India memiliki populasi terbesar dunia dengan jumlah penduduknya 1.25 bilion orang.

Kini, buah ini digunakan secara meluas dalam rawatan barah, memulihkan ketegangan emosi, kerisauan dan kekhuatiran. Biji dan akarnya mengandungi sumber antibiotik semulajadi yang mampu merawat jangkitan kulit, anti-inflamasi, antispasmotik, dan membantu menggiatkan pembuangan air kencing.

Moringa oleifera menghasilkan kompaun antibiotik, iaitu glucosinolate 4 alpha L-rhamnosyloxy benzyl isothiocynate yang bertindak sebagai agen imun badan manusia. Sekiranya dibandingkan secara gram, moringa mengandungi empat kali kalsium dalam susu, tujuh kali vitamin C dalam oren, dan tiga kali potasium dalam pisang. Hebat bukan?

ubat penyakit kencing manis
Fidel Castro terkenal dengan dasar anti kapitalis Amerika. Pendiri negara komunis Cuba.

Menurut sejarah, ketika perkembangan industri farmasi dan meluasnya jumlah import perubatan berasaskan pharmautical Fidel Castro, pemimpin negara Cuba masa itu, sanggup menghantar penyelidiknya ke India untuk mendapatkan buah Moringa. Hal ini kerana industri kapitalis perubatan sedang menjual perubatan yang menyusahkan golongan miskin sedangkan perubatan boleh diperolehi secara percuma dengan hanya tumbuhan semula jadi. Sejak itu bekalan ubat penyakit kencing manis di Cuba dapat diatasi.

Terdapat juga kegunaan lain biji Moringa selain ubat penyakit kencing manis iaitu untuk kesihatan batin lelaki. Sudah tentu, badan yang sihat bebas daripada sakit diabetes secara langsung memberi kesihatan batin buat kaum lelaki. Sihat fizikal, sihatlah batinya.

WF