Tular Wanita Karate Belasah Perogol, Ini Cerita Sebenar

Tular Wanita Karate. Beberapa media menyiarkan begitu sensasi akan kes seorang wanita cina yang membuat status facebook mengenai tindakanya membelasah dua orang lelaki sehingga koma. Pemilik akaun facebook Alice Lien mendakwa telah membelasah lelaki Pendatang Awam Tanpa Izin (PATI) untuk mempertahankan diri daripada dirogol.

TERKINI: Senarai 11 Orang Warga Malaysia Yang Ditahan Di Korea Utara

Dalam status facebook, wanita itu mendakwa sebagai bekas atlet karate peringkat negeri. Dia memukul dua lelaki itu yang berlaku di Penampang sehingga koma. Wanita itu juga mengatakan sengaja tidak melaporkan pihak polis kerana bimbang akan dibawa ke mahkamah dan dijatuhi hukuman mati. Baginya, lebih sanggup tinggalkan negara ini sekiranya terpaksa.

Dalam pada itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Sabah, Datuk Salehuddin Abdul Rahman berkata bahawa pihak polis telah membuka kertas siasatan terhadap dakwaan tersebut. Ini bermakna, bukan sekadar kes kecederaan yang membabitkan dua orang lelaki, malah Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) turut mengambil peranan dalam kes tersebut.

Daripada kejadian tersebut, dan pantauan umum yang dibuat di media, dakwaan wanita membelasah dua lelaki sama sekali meleset. Menurut pemerhatian gambar, kecederaan yang dialami lelaki tersebut tidak menunjukkan tanda-tanda dibelasah dengan tumbukan, tendangan, sikuan, dilutut seperti seorang atlet karate. Meskipun keputusan bedah siasatan tidak dikemukan lagi, dakwaan wanita facebook berkenaan menunjukkan kepalsuan.

Sehingga kini, polis sedang mencari wanita berkenaan atas kesalahan media, dan siasatan kes yang membabitkan nyawa. Ada sebilangan orang awam di media sosial mengatakan bahawa kemungkinan besar wanita itu melanggar lelaki tersebut dengan menggunakan kereta. Sama ada sengaja atau tidak, polis harus mendapatkan keterangan daripada wanita itu terlebih dahulu. tular wanita karate

Kesimpulanya, isu tular wanita karate membelasah ni harus diteliti terlebih dahulu. Maka, janganlah mudah percaya akan sesuatu berita yang belum dipastikan kesahihanya yang rasmi daripada pihak berkuasa. Apatah lagi bila membabitkan nyawa manusia dan jenayah media siber. Diharap semua bertenang dan lupakan angan-angan membelasah lelaki sehingga koma dengan seni mempertahankan diri kerana ia hanya wujud di dalam panggung wayang.