
Sebelum Tanah Melayu mencapai kemerdekaan pada 31 Ogos 1957, telah berlaku satu peristiwa besar yang mana Raja-Raja melayu di semenanjung Tanah Melayu telah membuat satu persetujuan dan menandatangani atas kesepakatan terbentuknya Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu. Dengan itu, tujuh wasiat Raja-Raja Melayu telah terkandung seperti berikut;
PERTAMA
Kami namakan dan kami panggil akan dia, bumi yang kamu pijak dan langit yang kamu junjung Persekutuan Tanah Melayu (sekarang Malaysia)
KEDUA
Kami isytiharkan dan kami simpan untuk kamu dan kami benarkan kamu isytihar dan simpan untuk anak cucu kamu, selain gunung-ganang, tasik dan hutan simpan, Tanah Simpanan Melayu sehingga nisbah 50 peratus, selebihnya kamu rebutlah bersama-sama kaum lain
KETIGA
Bagi menjaga kamu dan bagi melindungi anak cucu kami serta harta milik kamu, kami tubuhkan Rejimen Askar Melayu Diraja selain untuk membanteras kekacauan dalam negara dan ancaman dari luar negara
KEEMPAT
Kami kekalkan dan kami jamin kerajaan dan kedaulatan Raja-Raja Melayu memerintah negara ini
KELIMA
Kami isytiharkan Islam adalah agama persekutuan
KEENAM
Kami tetapkan bahasa kebangsaan ialah Bahasa Melayu
KETUJUH
Kami amanahkan dan kami pertanggungjawabkan kepada Raja-Raja Melayu untuk melindungi kedudukan istimewa orang Melayu dan kepentingan sah kaum-kaum lain (kemudian ditambah kedudukan istimewa anak negeri Sabah dan Sarawak)
Tema dan Gambar Logo Hari Kebangsaan 2017