Tips Mudah Lulus Temuduga Panduan Menjawab Soalan

tips mudah lulus temuduga

Adakah anda salah seorang yang bertuah mendapat panggilan temuduga kerja dipohon? Namun adakah anda sudah bersedia menghadapi penemuduga yang bakal bertanya pelbagai soalan mengenai anda untuk dibuat penilaian sama ada layak dipilih atau tidak dalam perkerjaan yang anda pohon. Sekiranya anda adalah salah seorang yang berjaya dipanggil untuk hadir ke sesi temuduga kerja, di sini admin ingin kongsikan beberapa tips mudah lulus temuduga yang terbukti berkesan.

Tips ini merupakan format yang sudah disusun oleh panel temuduga. Hanya terpulang pada calon sahaja untuk mengaplikasikanya di sesi temuduga nanti. Ini kerana, semua panel temuduga selalunya mematuhi format temuduga yang disediakan oleh Jabatan Sumber Manusia dalam agensi yang dipohon. Walau apa sahaja agensi yang anda pohon sama ada kerajaan atau swasta, format temuduga ini pasti akan dilakukan. Amat malang apabila anda tidak bersedia untuk menjawab soalan-soalan dari panel sedangkan rahsia soalan dan jawapan tepat sudah terbongkar.

Sebagai makluman kepada calon, di pihak panel temuduga akan memperuntukkan beberapa soalan umum dan khusus berkaitan dengan jawatan. Terlalu jarang panel akan bertanya soalan yang tiada kaitan dengan jawatan yang dipohon. Melainkan ia sekadar helah untuk menilai personaliti anda.

tips mudah lulus temuduga

Berikut merupakan beberapa soalan lazim yang umum akan ditanya kepada calon temuduga:

  1. Perkenalkan diri anda
  2. Pengalaman kerja anda
  3. Mengapa kami patut pilih anda?

Perkenalkan diri anda. Soalan ini sangat lazim dalam sesi temuduga walau apa sahaja agensi yang terlibat menemuduga. Tips mudah menjawab soalan ini, calon hanya perlu memperkenalkan diri dengan ringkas, dari awal pendidikan sehinggalah peringkat akhir pendidikan atau kerjaya terakhir sekiranya pernah berkerja. Calon dinasihatkan mengambil masa lebih kurang 5 minit sahaja. Ceritakan apa yang perlu sahaja dan lebih baik sekiranya calon menceritakan lebih terperinci berkaitan diri yang sudah tercatat dalam resume. Terperinci di sini bermaksud, point-point penting mengenai diri, keluarga, dan pendidikan.

Pengalaman kerja anda. Sudah tentulah panel akan bertanya pengalaman anda berkerja sebelum ini. Meskipun anda adalah freshgraduated, soalan ini sudah lazim kerana sememangnya format temuduga sudah ditentukan oleh HR. Anda tidak boleh menjawab tidak pernah kerja kerana itu akan menurunkan nilai markah anda. Panel akan bertanya kerja selepas SPM, atau STPM atau semasa cuti panjang semester. Tidak boleh anda mengatakan tidak pernah kerja kerana menjadi babysitter juga adalah pekerjaan atau membantu ibu bapa di pasar malam juga pekerjaan. Apa yang anda perlu lakukan hanya berterus terang segala pekerjaan yang anda lakukan di samping nilai-nilai pengalaman kerja yang anda telah pelajari. Itu akan membantu mencerahkan personaliti diri anda. Integriti, kejujuran, kesungguhan dan sifat survival anda. Ia pasti menjadi sesuatu yang sangat menarik perhatian terhadap panel temuduga.

Mengapa kami patut pilih anda. Ini adalah soalan killer yang selalu gagal dijawab dengan betul oleh calon. Bukan kerana jawapan calon salah namun kerana cara calon menjawab soalan selalunya yang mengakibatkan panel merasa tidak yakin untuk memilih calon tersebut. Soalan ini lebih kepada bertujuan untuk menilai personaliti anda dan cara anda berhadapan dengan tekanan. Dengan soalan ini sahaja pun, ramai calon gelabah dan mula hilang fokus semasa di hadapan panel. Bertenang, dan jawab dengan jujur. Hanya itu sahaja tips mudah lulus temuduga dalam peringkat ini. Anda boleh menjawab apa sahaja selama mana ia benar dan elakkan daripada beretorik kerana panel akan menilai. Panel yang menemuduga anda sudah berpengalaman dan tahu malah banyak melihat personaliti calon yang pelbagai ragam.

tips mudah lulus temuduga

Itu adalah sedikit perkongsian daripada penulis mengenai tips mudah lulus temuduga berdasarkan ilmu penulis daripada Kajian Sumber Manusia dan pengalaman research calon-calon temuduga di Malaysia. Sekiranya anda ingin mengetahui soalan lazim yang khusus mengenai temuduga, anda boleh melawat ke laman ini. Semoga dengan perkongsian ini, anda mampu berhadapan dengan sesi temuduga dengan penuh keyakinan danmudah-mudahan telah dipilih untuk jawatan yang telah dipohon.