10 Tips Diet Untuk Lelaki Yang Perlu Anda Ketahui

tips diet untuk lelaki

Tidak kira lelaki mahupun perempuan, diet badan adalah sesuatu yang sensitif dalam kehidupan. Diet badan sentiasa menjadi perhatian dalam apatah lagi ia berkaitan dengan usia seseorang. Secara normal, seseorang yang semakin meningkat usianya maka semakin hidang keseimbangan diet mereka. Ini mungkin berkaitan dengan perubahan-perubahan aktiviti harian dalam fasa kehidupan mereka. Apabila sebut diet, ia selalu sahaja dikaitkan dengan perempuan. Maklumlah perempuan adalah kaum yang terlalu sensitif dengan perubahan fizikal mereka. Apa pun, bukan perempuan sahaja yang perlu menjaga diet, lelaki juga seharusnya memandang isu diet dengan serius. Hal ini kerana banyak kes-kes berkaitan penyakit akibat tidak mengamalkan diet yang seimbang adalah melibatkan lelaki. Oleh itu, ini adalah tips diet untuk lelaki yang perlu diamalkan sebelum penyakit tiga serangkai datang menjemput.

  1. Utamakan pemakan protein yang banyak. Makanan yang berprotein tinggi amat penting untuk pertumbuhan tisu dan memulihkan bahagian-bahagian tisu yang rosak. Daging, Ikan, dan sebagainya adalah antara contoh makanan berprotein tinggi.
  2. Tetapkan jadual makan sebelum jam 9 malam. Anda mungkin boleh cipta mantra “nothing after 9”. Bermaksud jangan makan selepas jam 9 malam. Atau jangan makan sesuatu yang tidak sihat untuk tubuh bedan sebelum masa tersebut. Jam 9 malam adalah masa tubuh badan sesuai untuk rehat dan kebanyakan manusia tidur sekitar waktu ini.
  3. Bagi yang pergi kerja dengan menaiki kereta, adalah satu kebaikan sekiranya anda terpaksa parking kereta jauh daripada pejabat. Ia akan memaksa anda untuk berjalan kaki. Kalau ada barang yang diangkat, ia lebih baik. Percayalah dengan kuasa manfaat berjalan kaki di pagi hari. Ia melancarkan degupan jantung anda.
  4. Setiap orang inginkan rehat apabila tiba pada hari jumaat. Seharian bekerja pada isnin hingga jumaat merupakan rutin yang melelahkan. Apabila tiba hari jumaat, jangan terlalu santai. Namun terus sahaja menikmati kerehatan yang sederhana. Makanlah sesuatu yang anda tidak sempat makan di hari-hari bekerja biasa.
  5. Ambil sedikit masa untuk membuat kerja pada hujung minggu. Sama ada mengurus rumah, halaman, bertanih, atau aktiviti sukan. Ramai yang berfikir hujung minggu adalah untuk rehat, berpesta atau tidur. Anda silap.
  6. Bersarapan dengan telur dicampur dengan sayuran dan cheese yang dikacau kemudian panaskan dalam microwave selama 10 minit adalah sesuatu permulaan yang baik untuk perut anda. -Lydia, Kunsan Air Base, Republic of Korea.
  7. Anggap sahaja perut anda seperti enjin kereta yang sedang melakukan pembakaran. Semakan banyak makan maka semakin kuat ia membakar. Bukankah itu sesuatu yang merbahaya untuk tubuh anda?
  8. Lakukan senaman selepas habis masa berkerja pada hari jumaan sebelum anda memandu pulang ke rumah. Kesan senaman anda akan menyebabkan anda berfikir dua kali untuk singgah makan.
  9. Kuasai teknik makan salad. Gunakan garfu dan pisau, hiris salad dengan saiz yang sesuai untuk dimasukkan terus dalam mulut. Anda pasti tidak akan melepaskan untuk merasai seluruh salad dalam piring.
  10. Tips diet untuk lelaki yang terakhir adalah selalu memilih tangga berbanding lift. Ia baik untuk kaki dan kelancaran peredaran darah anda. Sedikit keringat di awal pagi sebelum memasuki pejabat mendorong otak kita cerdas dan nyaman. Ia dapat membantu menyingkirkan tekanan dalam pejabat. Selamat mencuba.

BERKAITAN: Kenapa Makanan Sihat Selalu Mahal

Tips diet untuk lelaki ini juga sesuai diamalkan oleh wanita yang bekerja ke pejabat. Mudah-mudahan sedikit sebanyak tips ini dapat membantu menyelesaikan masalah diet di kalangan rakyat Malaysia. Walaubagaimana pun, terpulang kepada diri masing-masing sama ada mengamalkanya atau tidak. Semoga sukses dan salam kesihatan.