Tips Dan Syarat Kelayakan Memasuki IPG Kemaskini Terkini KPM

tips dan syarat kelayakan memasuki ipg

Tips Dan Syarat Kelayakan Memasuki IPG. Permohonan memasuki Institut Pendidikan Guru (IPG) Malaysia bagi ambilan Jun 2019 telah pun dibuka. Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah membuka permohonan online IPG bermula pada 19 Mac sehingga pada 25 Mac 2019 (11.59 malam).

Permohonan IPG bagi ambilan Jun 2019 mestilah pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun 2018. Permohonan dibuka bagi semua lepasan SPM dengan kadar umur tidak melebihi 20 tahun pada tarikh 30 Jun 2019.

Teruskan membaca kerana ada tips penting akan diulas di bawah


Bagi para pelajar yang ingin melanjutkan pelajaran dalam bidang perguruan di Institut Pendidikan Guru Malaysia, syarat-syarat yang ditetapkan haruslah dipatuhi terlebih dahulu.

Berikut merupakan butiran syarat yang wajib dipatuhi oleh pemohon:

  1. Warganegara Malaysia.
  2. Umur tidak lebih 20 tahun pada 30 Jun 2019 iaitu pemohon yang lahir pada atau selepas 30 Jun 1999.
  3. Sihat tubuh badan.
  4. Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan memperoleh gred cemerlang (A+, A & A-) dalam mana-mana lima (5) mata pelajaran.
  5. Memperoleh sekurang-kurangnya gred kepujian dalam mata pelajaran Bahasa Melayu dan Sejarah.
  6. Lulus Bahasa Inggeris.
  7. Memenuhi syarat Bidang Pengkhususan (Rujuk Jadual di Bawah)
  8. Aktif dalam kokurikulum.

Syarat-syarat di atas merupakan ketetapan daripada KPM untuk pemohon yang berminat memasuki IPG. Manakalah syarat khusus bagi setiap bidang perguruan dalam IPG boleh dirujuk mengikut jadual di bawah:

BAHASA IBAN (SK)Bahasa IbanC
BAHASA CINA (SK)Bahasa CinaA-
BAHASA INGGERIS (SK)Bahasa InggerisA
BAHASA KADAZANDUSUN (SK)Bahasa KadazandusunC
BAHASA MELAYU (SK)Bahasa MelayuA-
BAHASA TAMIL (SK)Bahasa TamilA-
MATEMATIK (SK)MatematikA-
Matematik TambahanA-
mana-mana dua mata pelajaran berikut
SAINS (SK)FizikA-
KimiaA-
BiologiA-
PENDIDIKAN ISLAM (SK)Bahasa ArabB
Pendidikan Al-Quran dan As-sunnahA-
Pendidikan Syariah IslamA-
PENDIDIKAN KHAS (SK)MatematikA-
mana-mana 1 mata pelajaran berikut
FizikA-
KimiaA-
BiologiA-
SainsA-
BAHASA CINA (SJKC)Bahasa CinaA-
BAHASA INGGERIS (SJKC)Bahasa InggerisA
Bahasa CinaC
BAHASA MELAYU (SJKC)Bahasa MelayuA-
Bahasa CinaC
MATEMATIK (SJKC)MatematikA-
Matematik TambahanA-
Bahasa CinaC
SAINS (SJKC)Bahasa Cina C
mana-mana 2 mata pelajaran berikut
KimiaA-
FizikA-
BiologiA-
PENDIDIKAN ISLAM (SJKC)Bahasa ArabB
Pendidikan Al-Quran dan As-SunnahA-
Pendidikan Syariah IslamA-
BAHASA INGGERIS (SJKT)Bahasa InggerisA
Bahasa TamilC
BAHASA MELAYU (SJKT)Bahasa MelayuA-
Bahasa TamilC
BAHASA TAMIL (SJKT)Bahasa TamilA-
Matematik (SJKT)MatematikA-
Matematik TambahanA-
Bahasa TamilC
SAINS (SJKT)Bahasa TamilC
mana-mana 2 matapelajaran berikut
KimiaA-
FizikA-
BiologiA-
PENDIDIKAN ISLAM (SJKT)Bahasa ArabB
Pendidikan Al-Quran dan As-SunnahA-
Pendidikan Syariah IslamA-

Syarat bidang khusus seperti yang disenaraikan di atas sangat mempengaruhi keputusan SPM pemohon. Kementerian Pendidikan Malaysia sangat mengambil berat akan kelayakan pemohon dengan syarat yang ditetapkan tersebut. Walau bagaimanapun, beberapa tips yang boleh dijadikan panduan agar kemungkinan diambil memasuki IPG lebih cerah. Tips ini berdasarkan dengan pemerhatian setiap ambilan tahunan IPG.

Memandangkan semakin ramai pelajar yang layak memohon berdasarkan syarat tersebut, di samping kapasiti dan keperluan ambilan telah dihadkan oleh kementerian, maka amat penting agar pemohon mengetahui tips dan syarat kelayakan memasuki IPG khususnya ambilan tahun ini.

Berikut Merupakan Tips dan Syarat Kelayakan Memasuki IPG yang Pemohon Harus Lakukan:

  1. Pilih bidang yang sesuai dengan kelulusan SPM. Elakkan membuat pilihan bidang dengan tidak selari keputusan dan syarat bidang tersebut. Ini menyebabkan permohonan anda mudah tersingkir semasa peringkat saringan kerana proses semakan akan mengutamakan kepada pemohon yang benar-benar layak terlebih dahulu.
  2. Pilih bidang yang tidak ramai mahukan. Kebanyakan pemohon ingin menjadi guru kepada subjek yang gah dan power seperti sains dan matematik. Manakalah ramai yang kurang memilih bidang seperti pendidikan khas, pendidikan jasmani, dan pemulihan. Pilih sahaja bidang ini dan semasa di IPG anda boleh memilih minor yang disukai apabila memasuki peringkat PISMP.
  3. Markah kokurikulum sekolah sangat mempengaruhi. Faktor pengalaman unit beruniform dan sukan amat penting. Sijil-sijil penyertaan juga sangat penting. Sijil peringkat negeri dan kebangsaan sangat membantu untuk mendapatkan kelayakan permohonan. Markah kokurikulum yang memuaskan dengan sekurang-kurangnya B+. Sebaiknya gred A.
  4. Selepas pemohon melepasi peringkat pemilihan dalam talian online, pemohon akan dipanggil untuk menjalani Ujian Inventori Sahsiah Keguruan (INSAK). INSAK adalah peringkat ujian bertulis di mana calon akan menjawab soalan objektif yang berkaitan situasi, senario, sikap, keperibadian dan sebagainya. Sekiranya calon telah dipanggil untuk mengikuti ujian ini dan ingin mengetahui contoh soalanya, sila klik Contoh Soalan Ujian INSAK IPG.
  5. Pada hari yang sama ujian INSAK, selepas itu pemohon juga akan menjalani Ujian Kecerdasan Calon Guru (UKCG). Oleh itu, bagi calon yang dipanggil untuk ujian ini, haruslah melakukan persediaan awal sebelum tarikh ujian dijalankan. Antara bentuk ujian fizikal di peringkat ini adalah seperti Sit Up, Push Up, Bleep Test, dan Kilas Sisi. Pemohon yang menghadiri ujian ini juga dikehendaki memakai pakaian yang sesuai seperti yang diterangkan dalam panggilan nanti.
  6. Temuduga terakhir. Fasa ini sangat penting kerana ia adalah penialan terakhir sebelum keputusan lulus/gagal diterima. Sekiranya lulus, pemohon secara langsung akan mendapat penempatan IPG di mana-mana seluruh negara. Pemohon disarankan membuat study berkenaan bidang perguran, berkenaan IPG, berkenaan kerajaan (seperti kabinet, menteri, dasar pendidikan). Pada fasa ini juga
  7. Ini adalah usaha yang terakhir, dan ramai pemohon yang melakukanya dan berjaya. Pemohon yang mempunyai ahli keluarga bekerja sebagai guru biasanya akan mendapat keutamaan. Menurut pemerhatian kasar, anak dan ahli keluarga guru lebih mudah lulus permohonan. Dalam erti kata lain, jiwa dedikasih dalam diri seorang guru turun kepada anak dan ahli keluarganya. Oleh itu, manfaatkan sebaiknya ahli keluarga atau kenalan yang bekerja di Pejabat Pendidikan Daerah, Jabatan Pendidikan Negeri atau yang bertugas sebagai guru sekolah untuk dapatkan sokongan kepada yang berkaitan. Namun dengan syarat haruslah mematuhi terlebih dahulu garis panduan permohonan (keputusan akademik dan kokurikulum) seperti yang diterangkan di atas.

Bagi calon yang telah berjaya dipanggil untuk mengikuti ujian INSAK dan UKCG, di sini ada dikongsikan Contoh Soalan Ujian INSAK IPG dan Ujian UKCG.

Tips dan Syarat Kelayakan Memasuki IPG yang diterangkan di atas merupakan pengalaman pemohon ambilan Jun 2016 di seluruh Malaysia. Panduan ini tidak semestinya berkesan kepada semua pemohon. Namun ia merupakan usaha-usaha yang boleh dibuat agar kemungkinan diambil memasuki ke IPG semakin cerah.

Berikut merupakan proses perjalanan pemohon bermula daripada pendaftaran online sehinggalah peringkat terakhir permohonan.tips dan syarat kelayakan memasuki ipg

Bagi calon yang telah berjaya dipanggil untuk mengikuti ujian INSAK dan UKCG, di sini ada dikongsikan Contoh Soalan Ujian INSAK IPG dan Ujian UKCG.

1 Comment

  1. Nur Zaidatul Adawiya
    at

    INSAK IPG

Comments are closed.