Tips Agar Rumah Anda Sejuk Nyaman Secara Semulajadi

tips agar rumah anda sejuk

Tips Agar Rumah Anda Sejuk dan Nyaman

Sudah menjadi sebahagian daripada keperluan kepuasan hidup dengan suasana rumah yang sejuk lagi nyaman pada masa kini. Ekoran penipisan lapisan ozon, dan peningkatan suhu dunia yang semakin panas. Pencairan ais di kutub utara dan selatan turut menandakan bahawa suhu bumi sahaja pun semakin kronik. Manusia yang menghuni rumah, sentiasa memikirkan agar dapat mengekalkan keselesaan rumah mereka. Peningkatan penggunaan air condition (penyaman udara) mungkin dapat membantu tetapi merisikokan lapisan ozon bumi kerana pembebasan CFC.

Sebenarnya ada beberapa tips yang dapat membantu agar rumah anda sentiasa dalam keadaan sejuk dan nyaman. Sejuk di sini bukan bermaksud sejuk seperti yang hasilkan oleh penggunaan penyaman udara. Sejuk di sini ialah bersifat alami yang nyaman.

Tips 1. Bina rumah menghadap matahari terbit. Ini mengelak bahagian bilik dan ruang tamu mendapat pancaran haba berpanjangan. Pastikan dapur dibina di bahagian belakang arah matahari terbenam.

Tips 2. Bina tingkap rumah yang luas atau lebih besar. Kita dapat lihat tingkap-tingkap rumah tradisi melayu yang bersaiz sebesar pintu rumah. Sebenarnya ia bertujuan agar udara dan angin dapat memasuki rumah dengan lebih banyak. Ia juga agar aliran udara dalam rumah dapat bergerak.

Tips 3. Tanam pokok berdaun rimbun arah terbenam. Pokok merupakan tumbuhan semulajadi yang mampu menyerap haba dan menghalang habuk. Waktu suhu matahari paling panas adalah sekitar 12 tengah hari hingga jam 4 petang. Amat penting sekali pokok yang berdaun rimbun dapat menghalang sinaran matahari ke arah rumah kita.

Tips 4. Cat rumah juga mempengaruhi haba dalam rumah. Sebaiknya cat rumah warna putih atau cerah kerana warna ini sifatnya memantulkan cahaya. Manakalah cat yang berwarna gelap sifatnya menyerap haba.

Tips 5. Rumah kayu. Sememangnya rumah yang dibuat dengan menggunakan kayu keseluruhanya lebih baik berbanding konkrit. Ini kerana sifat kayu lebih cepat menyerap dan membebaskan haba. Manakalah konkrit, haba yang dibebaskan lebih banyak pada waktu malam.

Tips 6. Membina kolam berhampiran rumah. Di negara Jepun, bumbung dan longkang dijadikan kolam yang diisi dengan ikan. Air kolam dapat mengekalkan rasa nyaman sekitar rumah.

Tips 7. Bina rumah dengan menggunakan bumbung yang diperbuat daripada tanah liat dan kayu. Ia banyak digunakan di negara-negara bersuhu panas seperti Afrika. Mereka menggunakan tanah liat sebagai bumbung. Tanah liat merupakan bahan yang tahan suhu, penyerap haba dan tidak dapat dicarikan melainkan dengan suhu yang sangat tinggi.

Itulah sebahagian daripada tips agar rumah anda sejuk dan nyaman secara semulajadi. Mulai sekarang, anda boleh membuat perancangan agar dapat membina rumah yang nyaman dan selesa untuk keluarga anda.

Menarik: 10 Tips Diet Untuk Lelaki