Sebenarnya Tiga Tragedi Di Johor Berlaku Serentak Pada Hari Yang Sama

Sebenarnya selain kejadian kebakaran di Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru, terdapat dua lagi tragedi yang tidak ramai yang tahu turut berlaku serentak pada hari yang sama di negeri tersebut. Ia menjadikan tiga tragedi di Johor berlaku sekaligus dalam sehari dan ia merupakan tragedi besar dalam bulan ini.

Kebakaran di Hospital Sultanah Aminah telah berlaku sebelum jam 9.00 pagi 25 Oktober 2016 hari ini dan telah menyebabkan kematian seramai 6 orang mangsa. Dilaporkan kebakaran telah berlaku di ICU. Puluhan pesakit dan pekerja telah keluar dan dipindahkan jauh daripada kawasan kebakaran.

BACA: Kebakaran Hospital Sultanah Aminah

Selain kebakaran di Hospital Sultanah Aminah, empat lagi tragedi turut berlaku di Johor iaitu:

  1. Letupan tangki NGV di Stesen PETRONAS Mont Austin.
  2. Banjir Kilat di Pasir Gudang dan Johor Bahru.tiga tragedi di johor

Kejadian letupan tangki tenaga gas asli (NGV) yang berlaku kira-kira jam 2.40 petang tadi telah menyebabkan kematian seorang pekerja yang dipercayai sebagai pekerja kontraktor pembaikan pam.

Banjir kilat di Pasir Gudang pula telah menyebabkan seramai 160 keluarga dipindahkan di pusat penempatan sementera iaitu Sekolah Agama Cahaya Baru dan Balai Raya Kampung Bukit Pulai. Tiada kemalangan jiwa dilaporkan.tiga tragedi di johor

Sama-samalah kita berdoa semoga dihindari dari sebarang musibah. Semoga keluarga mangsa sentiasa tabah.