Terkejut Tambang Uber Mahal Tapi Puas Hati Penjelasan Brother Ni

terkejut tambang uber mahal

Salleh merupakan Uberian yang sudah menjalankan kerja fulltimenya sejak 5 bulan yang lalu. Dia memilih untuk menerima payment uber setiap minggu. Kebanyakan rider yang request beliau memilih pembayaran secara debit akaun. Ini kerana debit akaun dapat membayar tambang dengan jumlah yang tepat berbanding cash. Mungkin juga dia selalu berhadapan penumpang yang terkejut tambang uber mahal.

Satu masa, seorang penumpang bernama Azman yang pertama kali melanggan uber telah mendapat Salleh. Selesai Pickup Azman di stesen KTM, mereka pun berbual. Saling kenal mengenal. Salleh yang sudah biasa dengan khidmatnya melayan penumpang membuka banyak topik untuk diceritakan.

Rupanya Azman merupakan anak kepada pemandu teksi. Ayahnya Idris Jumat mengalami masalah pendapatan tambang teksi. Beliau juga terlibat beberapa siri protes yang dianjurkan kumpulan teksi di Kuala Lumpur. Namun usaha mereka gagal kerana Uber terus beroperasi tanpa sekatan kerajaan. Malah kini Uber telah diluluskan oleh SPAD.

Azman merungut, dan kata di sebalik tabir Uber diduduki oleh orang orang besar yang tidak mampu dihentikan oleh kerajaan. Siapa mereka itu Azman tidak berani melanjutkan bicara. Salleh yang sambil memandu dan memerhati google map tekun mendengar luahan Azman. Rasa bersalah pun ada. Tapi apakan daya, masing-masing mencari rezeki dan masing-masing ada saraan yang perlu ditanggung. Keluarga, bil, perubatan dan persekolahan anak.

Tiba sahaja ke destinasi, Kajang maka Salleh pun drop Azman. Apps Uber yang dipakai Salleh terus menjelaskan jumlah tambang. RM22.02. Ah?! terkejut Azman. Bukankah tambang Uber murah? Rakan saya hanya bayar RM 12.00 di jarak yang sama. Kata Azman sambil meramas-ramas poket seluar beliau.

Salleh pun menjelaskan bahawa pada masa ini ada caj tambahan yang dipanggil Surge (Lonjakan) yang mana ia akan berlaku pada masa-masa tertentu seperti keadaan ramai permintaan/request dan trafik jem. Sebelum kita menekan setuju untuk request, dalam apps sebenarnya ada menunjukkan simbol surge dan memberi pilihan sama ada mahu teruskan atau tidak. Buat masa ini, Surge yang dikenakan ialah 3.2, ertinya tambangg asas di darab dengan 3.2 tadi. Ini adalah sistem uber dan saya hanya menjalankan khidmat. Jelas Salleh.

Azman terpaksa akur dan membayar tambang kepada Salleh secara tunai. Salleh pula bertanya semula kepada Azman, kalau tambang teksi dari KTM ke Kajang berape? Azman tersengih dan terus berlalu pergi dan mengucapkan salam.

terkejut tambang uber mahal
simbol surge