Tentera Hilang di Pulau Perak Merupakan Warga Sabah

tentera hilang

Pulau Perak terletak kira-kira 122.4 kilometer atau 66 batu nautika dari barat daya Pulau Langkawi. Satu kedudukan yang amat jauh daripada tanah besar semenanjung. Operasi mencari dan menyelamat tentera hilang sedang giat dijalankan.

tentera hilang

 

Dua anggota yang terbabit adalah Koperal Johbartlee Kanil berumur 32 tahun dan Mohd Faizol Rosli berumur 29 tahun. Kedua-dua keluarga mangsa telah dimaklumkan. Koperal Johbartlee Kanil merupakan warga Sabah yang berasal daripada Kampung Longob, Kota Marudu.

Memetik Awani dan Berita Harian, kedua-dua anggota tersebut terjatuh ke laut semasa melakukan tugas di pulau tersebut. Kedua-dua anggota tersebut merupakan dari Batalion ke-4 Rejimen Renger Diraja (RRD) berpangkalan di Oran, Perlis.

Sehingga kini, operasi mencari dan menyelamat sedang giat dilakukan. Operasi  tersebut dibantu dengan menggunakan tiga kapal iaitu KD Laksamana Tun Abdul Hamid, KD Ledang, KD Selangor dan turut dibantu dengan sebuah pesawat Nuri Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) dari 3 Skuadron di Butterworth, Pulau Pinang.