Tema dan Gambar Logo Hari Kebangsaan Malaysia 2018

tema dan gambar logo hari kebangsaan

Selamat menyambut Hari Kebangsaan kepada seluruh rakyat Malaysia. Kerajaan Pakatan Harapan yang menerajui pentadbiran Malaysia hari ini mengumumkan bahawa Tema dan Gambar Logo Hari Kebangsaan adalah seperti berikut:

Tema

“Sayangi Malaysiaku”

Tema Sayangi Malaysiku telah diumumkan oleh Perdana Menteri Malaysia iaitu Tun Dr Mahathir Bin Mohamad pada 30 Mei setelah mengambil tampuk pemerintahan pada PRU14 yang lalu pada 9 Mei 2018.

Logo

tema dan gambar logo hari kebangsaan

Tema dan gambar logo Hari Kebangsaan 2018 ini merupakan pilihan sendiri oleh Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr Mahathir yang telah memilih daripada logo-logo yang telah dihantar oleh pereka.

Ia membawa maksud yang mana satu simbol rakyat melakukan gerakan riang mengangkat tangan dengan satu bentuk hati di hadapan menyatukan mereka. Ia juga membawa maksud bahawa warganera Malaysia terdiri daripada berbilang bangsa hidup dalam harmoni, seia sekata, bersatu padu dan kasih sayang kepada negara.

Slogan Rasmi Malaysia Baharu

Slogan bagi menyambut hari kebangsaan ialah “Selamat Hari Kebangsaan” bagi 31 Ogos dan bukan lagi Hari Kemerdekaan. Manakalah bagi 16 September pula, slogan disambut dengan “Selamat Hari Malaysia”. Ia bagi meraihkan fakta sebenar bahawa yang merdeka daripada penjajahan itu hanyalah Tanah Melayu. Manakalah Sabah dan Sarawak menyertai dan membentuk Malaysia pada 16 September 1963. Maka sebab itu slogan telah diubah kepada “Selamat Hari Malaysia. Ini satu permulaan yang baik bahawa fakta sejarah haruslah diangkat dengan benar.

Butiran Hari Kebangsaan

Sambutan Hari Kebangsaan 2018 akan diadakan di Putrajaya pada 31 Ogos. Ia bakal menampilkan sambutan yang penuh sejarah kerana buat julung kalinya sambutan ini dilakukan oleh kerajaan Pakatan Harapan yang telah menggantikan Barisan Nasional setelah 60 tahun memerintah.

Manakalah sambutan Hari Malaysia akan dilakukan di Kota Kinabalu pada 16 September 2018. Sambutan Hari Kemerdekaan pula akan dilakukan di Padang Kota Lama, Pulau Pinang di mana akan berlangsungnya majlis pelancaran Bulan Kebangsaan dan Kibar Jalur Gemilang 2018 yang akan disempurnakan oleh Perdana Menteri pada 4 Ogos 2018.

Acara Menarik 3 – 5 Ogos Pulau Pinang

  1. Pertunjukan Bunga Api
  2. Kembara Merdeka Jalur Gemilang
  3. Pameran Caring Bridge dan MyMerdeka
  4. Karnival Trak Makanan
  5. Larian Merdeka
  6. Jualan My Best Buy FAMA

Sambutan kemerdekaan akan serentak dilakukan seluruh negara di setiap negeri masing-masing. Lagu tema Hari Kebangsaan bertajuk “Kita Punya Malaysia” ciptaan oleh Sam Bunkface.

Lagu Tema Sambutan Hari Kebangsaan

Lirik Lagu Kita Punya Malaysia

31 Bulan 8,57
Perjuangkan pertahankan tanah airku
Impian aku gemilang baru
Satu suara laungkan (Merdeka!)
Bangkit semua demi negara
Selamanya…

Kita Merdeka
Sayangi Malaysiaku
Sayangi Malaysiaku
Tanah Airku (Ini Kita Punya)
Sayangi Malaysiaku
Sayangi Malaysia
Satu Suara Laungkan (Merdeka!)

Jangan lemah bangunlah
Buat baru semula
Percayalah hari ini
Kita punya
impian aku gemilang baru
Satu suara laungkan (Merdeka!)
Bangkit semua demi Negara
Selamanya…

Kita Merdeka
Sayangi Malaysiaku
Sayangi Malaysiaku
Tanah Airku (Ini Kita Punya)
Sayangi Malaysiaku
Sayangi Malaysia
Satu Suara Laungkan (Merdeka!)

Merdeka x3

Kita Merdeka
Sayangi Malaysiaku
Sayangi Malaysiaku
Tanah Airku (Ini Kita Punya)
Sayangi Malaysiaku
Sayangi Malaysia
Satu Suara Laungkan (Merdeka!)

Sayangi Malaysiaku
Sayangi Malaysia
Satu Suara Laungkan (Merdeka!)
Ini Kita Punya

Sumber

MENARIK: Biodata dan Latar Belakang Tun Dr Mahathir Mohamad Yang Mengejutkan Anda