11 Teknik Elak Dipecat Oleh Majikan dan Cepat Naik Pangkat

teknik elak dipecat majikan

Kerja makan gaji apatah lagi sekadar pekerja bawahan, di samping faktor ekonomi semasa yang tidak menentu membuatkan ramai merasa risau dari dipecat. Pekerja MAS dibuang, PETRONAS dan sebagainya. Sebelum anda menyalahkan sesiapa, ini ada 11 teknik elak dipecat oleh majikan.

MENARIK! Pekerjaan Lumayan Fresh Graduate

teknik elak dipecat oleh majikan

 

  1. Tumpukan kerja atau tugas yang anda expert, dan sukai. Terus terang kepada bos anda tentang tugas-tugas yang anda mampu lakukan dengan mahir. Walau bagaimanapun, ia bergantung dengan JD yang diamanahkan terhadap anda.
  2. Beri tumpuan kepada keutamaan majikan anda. Elakkan melayan perkara yang tidak penting. Sekiranya permintaan datang daripada bos anda, namun sekiranya ia sekadar kerja-kerja sampingan maka hendaklah terus tumpu kepada keutamaan majikan anda. Anda haruslah pandai kotegorikan kerja-kerja yang memberi implikasi atau tidak terhadap majikan anda.
  3. Bina hubungan yang baik sesame pekerja. Ingat! Tidak selalu anda di atas dan tidak selalu anda di bawah. Tidak mustahil rakan baik anda mungkin suatu masa akan menjadi bos anda.
  4. Ketahui cara fikir bos anda. Adakah dia suka soalan yang ditanya? Mahu dengan pendapat anda atau fakta? Adakah bos anda lebih suka berhubung melalui e-mail atau bersemuka?
  5. Sentiasa dapatkan maklumbalas daripada bos anda atau rakan sekerja anda. Ketahui apa yang mereka sukai atau tidak. Maklumbalas yang terperinci sangat penting agar anda dapat membuat penambah baikan dari masa ke semasa.
  6. Pilih zon persaingan anda. Setiap pekerja ada hak untuk menyuarakan pendapat dan menjadi lebih baik. Namun etika sangat dituntut bagi mengelak daripada menjatuhkan motivasi pekerja lain.
  7. Sentiasa melakukan kawalan kerosakan. Berlapang dada dan amalkan sikap meminta maaf. Beri keyakinan kepada orang lain bahawa anda sedia memperbetulkan kesilapan dan berjanji tidak mengulangi kesilapan.
  8. Neutralkan permusuhan anda. Ajak musuh anda untuk makan bersama. Bincang perkara yang boleh memberi manfaat untuk syarikat atau majikan. Sekiranya jalan penyelesaian tidak ditemui, sekurang-kurangnya elakkan isu permusuhan antara anda dan musuh anda diketahui umum.
  9. Promosikan diri anda. Anda mempunyai rakan-rakan yang rapat dengan bos anda. Pastikan rakan anda tahu bahawa anda adalah pekerja yang baik. Biasakan memberitahu kepada rakan berkenaan pencapaian anda. Sekiranya rakan anda bertanya khabar, jawab “saya baru siapkan projek … saya”. Beri jawapan-jawapan yang boleh menjadi berita baik kepada bos anda.
  10. Berusaha keras. Tonjolkan komitmen anda di hadapan ramai.
  11. Pelajari tindakan yang betul. Banyakkan menghadiri bengkel, ramaikan mentor, dan dapatkan nasihat.

Sekiranya anda melakukan semua ini dengan baik namun masih dipecat, ketahuilah di luar sana akan ada majikan yang lebih baik yang bersedia untuk mengambil anda untuk bekerja! 11 teknik elak dipecat oleh majikan di atas hanyalah tips namun dapat membantu sekiranya anda lakukanya dengan serius.

1 Trackback / Pingback

  1. 9 PEKERJAAN LUMAYAN BAGI FRESH GRADUATE – MYEIDOS.COM

Comments are closed.