Tarikh Permohonan UPU Sesi Kemasukan 2018/2019

tarikh permohonan upu

Tarikh Permohonan UPU merupakan hari yang dinanti-nanti oleh semua pelajar lepasan sama ada SPM, STPM, Politeknik, Matrikulasi mahupun Kolej yang berkaitan.

Berikut merupakan tarikh bagi permohonan UPU untuk sesi 2018/2019

Tarikh Permohonan Dibuka Tarikh Permohonan Ditutup
05 Febuari 2018 10 April 2018
Pautan Mohon: http://upu.mohe.gov.my/web/

Tarikh Penting Permohonan UPU:

  • 05 Febuari 2018 : Pembelian ID mula dibuka dan pendaftaran online mula dibuka
  • 09 April 2018: Tarikh tutup pembelian nombor ID
  • 10 April 2018: Tarikh tutup permohonan UPU online.

 Iklan Permohonan UPU Sesi Kemasukan 2018/2019

tarikh permohonan upu

Maklumat Pembelian Nombor Unik ID UPU 2018/2019

  • No ID hanya boleh dibeli melalui Bank Simpanan Nasional (BSN) di mana-mana cawangan yang terdekat.
  • Harga No ID adalah RM15.60 (tanpa GST)
  • No ID untuk pendaftaran Online bagi sesi akademik 2018/2019 akan mula dibuka pada 05 Febuari 2018.
  • No ID boleh dibeli sama ada melalui kaunter BSN, atau mesin ATM BSN, atau menggunakan SMS Banking (hanya pemegang akaun GIRO sahaja).

Permohonan UPU adalah tertakluk kepada syarat kelayakan yang telah ditetapkan. Pemohon haruslah meneliti syarat terlebih dahulu sebelum memulakan proses permohonan. Untuk mengetahui syarat am permohonan, pemohon bolehlah menekan link ini untuk mendapatkan maklumat secara terperinci.

KATEGORI PEMOHON UPU YANG LAYAK

Kategori Lepasan SPM dan Setaraf

  • SPM
  • Sijil SKM
  • Sijil ILKA dan
  • Sijil Kolej Komuniti

Kategori Lepasan STPM dan Setaraf

  • STPM
  • Matrikulasi KPM
  • STAM
  • Diploma Setaraf
  • Sijil UiTM dan
  • Asasi UM

BERKAITAN: Syarat Kemasukan Kolej Vokasional

Selain syarat kelayakan akademik untuk memohon ke peringkat IPT, pemohon hendaklah mempunyai nombor PIN yang dibeli dari BSN. Nombor PIN ini digunakan supaya pemohon boleh memohon secara online UPU.

BERKAITAN: Semak Keputusan UPU

Tarikh permohonan UPU yang akan mula dibuka pada 05 Febuari itu nanti pada kebiasaanya akan menyebabkan server internet lambat di awal tempoh permohonan. Maka pemohon dinasihatkan membuat proses permohonan secara online pada masa tengah malam dengan menggunakan internet yang laju.

Segala maklumat yang berkaitan akan dikemaskini dari masa ke semasa agar maklumat perincian dapat disampaikan kepada pemohon yang berkaitan.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*