Tarikh Pembayaran i-Citra Ogos Ke Akaun Bank RM5000

Tarikh Pembayaran i-Citra

Susulan pengumuman Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyidin Yassin melalui pelan pemulihan negara bagi menghadapai kesukaran kehidupan rakyat di kalam pandemik Covid19 melanda, salah satu inisiatif kerajaan yang akan dilaksanakan ialah program i-Citra. Seperti sebelumnya i-Sinar, i-Citra juga hampir serupa dengan memberi kemudahan kepada ahli pencarum untuk mengeluarkan sejumlah simpanan mereka tanpa syarat. Berikut adalah tarikh pembayaran i-Citra KWSP yang akan diterima kepada semua pencarum yang memohon.

Butiran Tarikh Pembayaran i-Citra KWSP 2021

Tarikh Pembayaran 09 Ogos 2021

Seperti yang dimaklumkan semasa proses permohonan i-Citra sebelum ini, tempoh permohonan ialah sehingga 30 September 2021 manakalah permohonan dibuka pada 15 Julai 2021. Oleh itu, bagi mereka yang telah memohon seawal bulan julai, pembayaran akan mulai diterima pada bulan Ogos 2021. Bagi mereka yang akan membuat permohonan bulan Ogos, pembayaran akan mulai diterima pada bulan September.

Pembayaran i-Citra adalah dibuat secara berperingkat iaitu RM1000 setiap bulan sehingga mencukupi jumlah maksimum yang layak.

Semak status permohonan anda di https://icitra.kwsp.gov.my/ bagi mengetahui status kelulusan dan butiran tarikh bayaran yang akan diterima.

Semak Status Permohonan

Cara Menebus e-Wallet RM150