Tarikh Pembayaran Bonus Kakitangan Awam Dan Pesara 2018

tarikh pembayaran bonus kakitangan awam

Menerusi pembentangan Bajet 2018 oleh Yang Amat Berhormat, Dato Seri Najib Tun Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia, bonus kakitangan awam dan pesara akan diberikan bagi meringankan beban kos sara hidup. Sehubungan dengan itu, pemberian akan dilaksanakan pada masa yang ditetapkan. Berikut adalah tarikh pembayaran bonus kakitangan awam dan pesara untuk tahun 2018.

Permohonan CUEPACS agar kerajaan meluluskan pemberian bonus satu bulan setengah kepada semua penjawat awam tidak diterima. Walau bagaimanapun, kerajaan tetap memberikan pembayaran khas (bonus) dengan jumlah RM1,500 kepada semua penjawat awam dan RM750 kepada pesara untuk tahun 2018.

Maklumat Terkini Kerajaan Pakatan Harapan

Melalui pengumuman yang dijangka dibuat pada 30 Jun oleh YAB Perdana Menteri Malaysia ke-7 iaitu Tun Dr Mahathir Mohamad, tarikh dan jumlah bonus akan ditetapkan selepas mesyuarat kabinet kedua selesai melalui sidang media khas. Setakat ini, kerajaan Pakatan Harapan mengesahkan bahawa bayaran bonus akan diteruskan sama seperti BR1M.


Tarikh Pembayaran Bonus Kakitangan Awam 2018

PENJAWAT AWAM
Tarikh Pembayaran RM1000 Tarikh Pembayaran RM400
8 Januari 2018 7 Jun 2018 (Jika Tiada Perubahan)
Semua Kakitangan Awam Hanya Gred41 Ke Bawah Sahaja

Pembayaran ini akan diberikan sebanyak dua peringkat. Peringkat pertama sebanyak RM1000 akan diberikan pada awal Januari 2018. Manakah peringkat kedua sebanyak RM400 akan diberikan sebelum sambutan Hari Raya Aidilfitri 2018.


Tarikh Pembayaran Bonus Pesara Kerajaan 2018

PESARA KERAJAAN
Tarikh Pembayaran RM500 Tarikh Pembayaran RM200
8 Januari 2018 7 Jun 2018 (Jika Tiada Perubahan)
Semua Pesara Kerajaan Semua Pesara Kerajaan

Pembayaran ini juga akan diberikan sebanyak dua peringkat. Peringkat pertama sebanyak RM500 akan diberikan pada awal Januari 2018. Manakah peringkat kedua sebanyak RM200 akan diberikan sebelum sambutan Hari Raya Aidilfitri 2018.


Satu notis rasmi akan dikeluarkan oleh Jabatan Akauntan Negara bagi mengumumkan tarikh pembayaran bonus kakitangan awam dan pesara kerajaan pada tahun 2018. Pihak ADMIN akan mengemaskini maklumat dari masa ke semasa berhubung tarikh rasmi yang akan dikeluarkan kelak.

Semoga penerima bonus ini dapat menggunakan untuk perbelanjaan yang bermanfaat seterusnya dapat membantu mengurangkan beban kos sara hidup.

Intipati Pembentangan Bajet 2018

Intipati Pembentangan Bajet 2018 Kerajaan Negeri Sabah

Tarikh Dan Jumlah Bonus Kakitangan Awam Dan Pesara Negeri Selangor 2018

4 Comments

  1. rm1000 tu pak jib yang bagi….
    tun M rm400 ja dulu, yg lebih tunggu 2 kgt

  2. Raya ala kadar je…

  3. dengarnya bayar sekaligus. betulka?

    • Rm 500 dapat ker?

Comments are closed.