Tarikh dan Semakan Keputusan PT3 Tahun 2017

tarikh dan semakan keputusan pt3

Makluman kepada semua calon yang telah menduduki Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3) bagi tahun 2017, tarikh dan semakan keputusan PT3 adalah rasmi diumumkan seperti pada jadual di bawah.

Calon yang telah menduduki PT3 juga dikehendaki untuk mendapatkan maklumat mengenai penyerahan keputusan Pentaksiran Tingkatan 3 melalui sekolah masing-masing.

Tarikh dan Semakan Keputusan PT3 Calon 2017

Tarikh 14 Disember 2017
Masa 10:00 Pagi
Tempat Dewan Sekolah

Semakan Keputusan PT3 Calon Sekolah

Calon hendaklah dapatkan melalui sekolah pada 10:00 pagi

Semakan Keputusan PT3 Calon Persendirian

Calon boleh dapatkan melalui Jabatan Pendidikan Negeri

Aplikasi Semakan Online dan SMS

  • Maaf setakat ini semakan PT3 tidak menyediakan perkhidmatan semakan online dan SMS. Pihak ADMIN akan meletakkan pautan sekiranya ada disediakan oleh KPM.

Permohonan Penyemakan Semula Keputusan PT3

Calon Sekolah

  1. Calon hendaklah merujuk kepada pihak sekolah untuk semua urusan Penyemakan Semula Keputusan PT3
  2. Sila gunakan nombor rujukan yang diberikan oleh pihak sekolah
  3. Surat pemberitahuan keputusan BERUBAH atau KEKAL akan dihantar kepada calon
  4. Calon hendaklah menyerahkan Pernyataan Keputusan yang lama kepada pihak sekolah apabila mengambil pelaporan yang baharu.
  5. Caj penyemakan semula keputusan PT3 akan dikenakan sebanyak RM50.

Calon Persendirian

  1. Calon hendaklah merujuk kepada pihak Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) untuk semua urusan Penyemakan Semula Keputusan PT3
  2. Sila gunakan nombor rujukan yang diberikan oleh JPN.
  3. Surat pemberitahuan BERUBAH atau KEKAL akan dihantar kepada calon.
  4. Calon hendaklah menyerahkan Pernyataan Keputusan yang lama kepada pihak JPN apabila mengambil pelaporan yang baharu.
  5. Caj penyemakan semula keputusan PT3 akan dikenakan sebanyak RM50.

PAUTAN BERKAITAN

Semakan Keputusan UPSR 2017 Online dan SMS
Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah SAPS
Aplikasi Pangkalan Data Murid APDM
Semakan Online Markah Kokurikulum eMKOKO

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*