Tarikh Bayaran Khas Penjawat Awam RM700 Tahun 2022

Tarikh Bayaran Khas Penjawat Awam

Melalui Pembentangan Bajet 2022 yang dibentangkan oleh Tengku Zafrul, Menteri Kewangan Malaysia, kerajaan telah mengumumkan akan memberi bayaran khas kepada penjawat awam gred 56 ke bawah dan juga pesara bagi tahun 2022. Pengumuman itu memberi berita gembira kepada penjawat awam dan juga pesara seluruh negara kerana dapat mengurangkan beban yang sedang dihadapi. Susulan itu, tarikh bayaran khas penjawat awam dan juga pesara akan kami paparkan seperti di bawah.

Jumlah Bayaran Khas Penjawat Awam dan Pesara 2022

Penjawat Awam Gred 56 ke Bawah RM700
Pesara Kerajaan RM350

Bayaran khas ini akan dinikmati oleh 1.3 juta penjawat awam dan hampir 1 juta pesara kerajaan pada tahun 2022. Pembayaran akan dibuat terus ke akaun bank penerima pada tarikh yang akan dimaklumkan.

Tarikh Wang Bayaran Khas Dikreditkan

Kategori Tarikh Wang Dimasukkan
Penjawat Awam
Pesara Kerajaan

Tarikh pembayaran akan dikemaskini setelah diumum oleh pihak MoF.

Menurut Tengku Zafrul, bayaran khas ini bakal memberi implikasi kewangan sebanyak RM1.4 bilion Ringgit Malaysia. Semoga dengan bayaran khas ini, sedikit sebanyak mengurangkan beban kepada penjawat awam dan pesara di samping sebagai penghargaan atas jasa memberi khidmat kepada rakyat.

BERKAITAN: Permohonan Bantuan Keluarga Malaysia 2022