Tanda Clutch Plate Kereta Rosak dan Perlu Diganti

Tanda Clutch Kereta Rosak

Clutch (klac) merupakan salah satu komponen yang sangat penting dalam kenderaan. Ia berfungsi dalam menyambungkan kuasa daripada enjin ke gearbox. Dengan clutch juga ia memainkan peranan dalam penukaran gear kereta dan juga agar memastikan enjin dalam kedudukan neutral. Kebanyakan pengguna kurang mengambil tahu betapa pentingnya keadaan clutch agar terus berfungsi dengan maksima. Oleh itu, untuk memastian kenderaan anda dapat bergerak dengan baik, kenal pasti tanda clutch kereta rosak terlebih dahulu sebelum membuat penukaran kepada yang baru.

Kereta Kehilangan Kuasa Pick Up

Apabila kita menekan pedal minyak, kita akan merasakan kereta memecut secara mengejut atau terasa sedikit lompatan apabila kereta menambah kelajuan. Itu menandakan clutch kereta anda masih dalam keadaan baik. Namun apabila ia kehilangan kuasa pick up, atau ditekan minyak namun terasa berat atau lambat berlaku penukaran kelajuan, ia mungkin disebabkan masalah clutch plate kereta yang sudah sampai masanya untuk ditukar.

Meter RPM Tinggi Tetapi Kelajuan Rendah

Tanda ini paling mudah dikesan apabila anda sedang memandu kenderaan anda dalam keadaan memecut. Perhatikan jarum RPM dan bandingkan dengan daya kelajuan kereta anda. Sekiranya jarum RPM tinggi disusuli dengan nada enjin yang kuat mendengus tetapi kelajuan kereta anda rendah, itu tandanya clutch kereta sudah capai had.

Kereta Tidak Dapat Mendaki Bukit

Paling jelas sekali apabila anda memandu kereta anda di tempat berbukit namun kereta tidak mampu mendaki bukit tersebut. Semasa anda melalui bukit, terdapat bau terbakar dari bahagian bawah kereta, ia kemungkinan besar kerana clutch lining sudah habis dan perlu ditukar dengan segera. Jika dipaksa ia mengakibatkan flywheel disc tercalar dan menambah kerosakan keseluruhan clutch.

Kesukaran Dalam Penukaran Gear

Sama ada kenderaan manual atau auto, clutch memainkan perananya yang sama. Terdapat kesukaran semasa membuat penukaran/memasukkan gear. Kerana kuasa dari enjin tidak dapat diputuskan kerana kehausan pada clutch lining. Periksa juga pam clutch/kabel clutch jika terdapat kebocoran atau kabel putus. Ini petanda bahawa clutch kereta anda telah habis serta perlu diganti.

Pedal Clutch Keras Semasa Ditekan (Manual)

Normalnya, untuk sistem clutch yang baik ianya lembut ditekan bagi penukaran gear. Jika pedal clutch keras ditekan daripada biasa, ini bermakna tanda clutch kereta telah habis/ rosak. Kebiasaanya kekerasan ini berpunca daripada Pressure plate/clutch cover yang rosak. Periksa juga pam clutch/ kabel clutch mungkin terdapat kotoran yang menghalang atau jammed.

Senarai tanda clutch kereta rosak di atas adalah antara panduan umum kepada pengguna kereta. Dinasihatkan agar sekiranya anda mengalami tanda-tanda tersebut, segeralah ke bengkel kereta untuk membuat pemeriksaan bagi mengelak kerosakan kenderaan yang lebih serius.