Syarat Permohonan Skim 1 Pelajar 1 Perniagaan Untuk Mahasiswa

syarat permohonan skim 1 pelajar 1 perniagaan

Berita baik buat semua pelajar atau yang bergelar mahasiswa di seluruh negara sama ada di Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA), Institut Pengajian Tinggi Swasta (IPTS), Politeknik, Kolej, Insititut Kemahiran atau Pusat Kemahiran di dalam negara. Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) telah mengumumkan dengan peruntukan geran RM10 juta bagi tempoh 10 tahun dengan RM1 juta kepada pelajar yang layak sahaja. Pelajar berpeluang mendaftarkan perniagaan mereka di SSM secara percuma dan berpeluang mendapatkan geran perniagaan. Untuk mendaftarkan perniagaan, pelajar hendaklah mematuhi beberapa syarat permohonan SKIM 1 Pelajar 1 Perniagaan ini:

  1. Pemohon hendaklah warganegara Malaysia dan berumur 18 tahun ke atas. Pelajar asing tidak layak memohon.
  2. Pemohon hendaklah pelajar yang sedang mengikuti pengajian secara sepenuh masa di mana-mana IPTA, IPTS, Politeknik, Kolej, Institut Kemahiran atau Pusat Kemahiran.
  3. Pemohon boleh memilih mendaftar perniagaan sama ada pemilikan tunggal atau perkongsian dengan syarat ahli kongsi adalah di kalangan pelajar itu sendiri.
  4. Pemohon yang layak mendaftar secara percuma adalah pemohon baru yang pertama kali mendaftar perniagaan. Pendaftaran percuma hanyalah tahun pertama sahaja. Manakalah tahun berikutnya dikehendaki membayar kos kemaskini daftar perniagaan seperti biasa.
  5. Pemohon hanya layak mendaftar secara percuma sekali sahaja sepanjang SKIM ini dilaksanakan.

Skim 1 Pelajar 1 Perniagaan ini merupakan program baru yang diwujudkan untuk membantu pelajar yang berminat menceburi dalam bidang perniagaan di samping dapat merancakkan kegiatan perniagaan di kalangan orang muda. Syarat permohonan skim 1 pelajar 1 perniagaan hendaklah dipatuhi memandangkan ia adalah percuma.

Berniaga bukan lagi perkara asing di kalangan pelajar Malaysia. Umum diketahui, banyak aktiviti perniagaan yang dijalankan di kampus-kampus oleh pelajar sama ada berskala mikro atau makro. Kebanyak pelajar melakukan perniagaan dengan skala mikro memandangkan tanggungjawab mereka sebagai pelajar telah mengekang fokus mereka dalam perniagaan, di samping untuk mendapatkan sedikit wang menampung kos perbelanjaan. Menyedari trend yang semakin berkembang di kalangan pelajar, kewujudan skim ini amat tepat pada masanya. Dari sisi lain, ia juga sebagai langkah tepat untuk menyelesaikan sedikit sebanyak masalah pengangguran di kalangan graduan. Selain itu, ia juga mungkin dapat mendorong pelajar untuk menampilkan bakat mereka dalam bidang tersebut.

BACA: Pelajar Kolej Vokasional Layak Mohon Universiti Dengan Syarat-Syarat Ini

Inisiatif SSM ini sebagai satu langkah yang bijak kerana inilah masanya negara kita untuk melahirkan ahli korporat masa depan yang terbilang. Walau bagaimanapun, keghairahan pelajar yang berminat dalam bidang perniagaan haruslah mengikuti syarat permohonan skim 1 pelajar 1 perniagaan yang telah ditetapkan. Permohonan ini telah dibuka sejak 1 Januari 2017 yang lalu hingga 31 Disember 2026.