Syarat Permohonan Guru Tabika KEMAS Kemasukan 2018

Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) mempelawa kepada seluruh warga Malaysia yang mempunyai minat dan kelayakan untuk memohon menjadi Guru Tabika KEMAS di setiap negeri. Melalui Kementerian Kemajuan Luar Bandar Dan Wilayah, KEMAS membuka permohonan kepada individu yang berkelayakan untuk menjadi warga pendidik. Pemohon hendaklah mempunyai ciri dan menepati syarat permohonan Guru Tabika KEMAS seperti yang ditetapkan oleh KEMAS.

Berikut Adalah Syarat Permohonan Guru Tabika KEMAS

  • Pemohon mestilah warganegara Malaysia
  • Pemohon memiliki sekurang-kurangnya sijil Diploma dalam bidang pendidikan awal kanak-kanak dari mana-mana institusi tempatan yang diiktiraf kerajaan dan mempunyai MQA. Pemohon yang memiliki sijil ini akan diberi keutamaan.
  • Pemohon memiliki sekurang-kurangnya sijil Diploma dari mana-mana institusi tempatan yang diiktiraf oleh kerajaan dan mempunyai MQA atau
  • Pemohon memiliki Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf denganya oleh kerajaan
  • Pemohon sekurang-kurangnya memperoleh kepujian Bahasa Melayu (termasuk lulus ujian lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Cara Membuat Permohonan Guru Tabika KEMAS

  • Muat turun borang permohonan KEMAS SPAKK PIN.2017
  • Lengkapkan borang permohonan dan sediakan senarai dokumen yang diminta;
  • syarat permohonan guru tabika kemas
  • Borang dan dokumen yang lengkap hanya boleh dihantar terus ke pejabat KEMAS terdekat di setiap negeri atau cawangan kekosongan yang diiklankan.
  • Berikut adalah alamat pejabat KEMAS setiap negeri.

Proses Tapisan Kelayakan Guru Tabika KEMAS

  • Pemohon yang terpilih sahaja akan dipanggil untuk menghadiri temuduga KEMAS.
  • Pemohon yang tidak mendapat sebarang maklum balas selama tiga (3) bulan selepas tarikh permohonan ditutup dianggap tidak berjaya.
  • Pemohon yang telah menjalani temuduga akan dihubungi semula sama ada berjaya atau tidak mengikuti kursus pendidikan awal kanak-kanak.
  • Pemohon yang lulus temuduga akan menjalani kursus Sijil Pendidikan Awal Kanak-Kanak (SPAKK) selama 6 bulan (bagi pemohon lepasan diploma pelbagai jurusan) dan 3 bulan (bagi pemohon lepasan diploma pendidikan awal kanak-kanak).
  • Pemohon yang lulus kursus SPAKK sahaja yang layak dipertimbangkan untuk dilantik menjadi Penolong Pegawai Pembangunan Masyarakat (TABIKA/TASKA) Gred S29 kontrak.

Info lanjut permohonan Guru Tabika KEMAS

Semakan Status Permohonan Guru Tabika KEMAS

*maklumat di atas adalah garapan daripada laman rasmi KEMAS dan segala perubahan adalah tertakluk kepada maklumat semasa.

22 Comments

  1. BIla tarikh tutup apply???

  2. amy zulaika binti basri
    at

    saya telah menghantar permohonan ke pejabat KEMAS negeri, saya ingin tahu bila tarikh tutup permohonan, tahun lepas ( 2017) pun saya telah hantar permohonan tetapi tidak mendapat apa feeedback dari pihak tuan, saya amat berminat menyertai dan menjadi warga KEMAS dan seterusnya memberi perkhidmatan kepada kanak-kanak khususnya.

  3. Hii saya berminat dengan Tadika kemas dan saya ada diploma pendidikan awal kanak2 kalau Ada kekosongan tahun ni tolong email saya tq..

  4. Norsalia bt Lokmal
    at

    Assalamualaikum admin,terima kasihatas informasi yang diberi,tolong mklumkan kepadasayasekiranyapengambilan bagi sesi 2018 sudh dibuka diemail saya

  5. Sitti noraisa binti ahmad
    at

    Assalamualaikum,saya mahu bertanya,borang permohonan tu bolehkah di hantar ke pejabat kemas pada bila-bila masa sahaja?

  6. dedesuria binti jailan
    at

    hello..jika ada info baru mengenai pengmbilan tabika kemas tlong mklum kan ke sya. .org sabah ke email sya

    surialoy@gmail.com

  7. ASSALAMUALIKUM..SAYA ANIS. sekiranya ada info permohonan guru tabika untUk tahun 2018 . SILA INFORM KEPADA SAYA,YA. TERIMA KASIH..

  8. Shahara binti mohd zamberi
    at

    Saye berminat utk jd pendidik..kalau ade kekosongan boley bg tao saye…saye ade sijil pkembangam awal kanak2 dan sijil permata

  9. Nur sara Nadyla
    at

    Saya sara ingin bertanya jika saya berumur 37thn layak kh saya memohon sebagai guru tadika/ guru kemas/ guru prasekolah jika mempunyai diploma pendidikan awal kanak kanak.

  10. jika ada info permohonan tabika kemas bgi tahun 2018,sila inform pada saya ye tq.

  11. Assalamualaikum.saya syifa.sekiranya ada info permohonan guru tabika utk tahun 2018 sila inform pd saya .tq

  12. Maaf bertanya,jd lepasan sijil STPM juga layak or boleh apply untuk tahun 2018?

      • sekiranya lepasan stpm juga boleh apply, tetapi kelulusan akademik di borang hanya ade kelulusan diploma dan spm . so maklumat untuk stpm diisi di mana? atau bagi sahaja sijil stpm dengan borang sekali? TQ

  13. Salam. Sekiranya pelajar lepasan kolej vokasional yg mengambil jurusan pend. awal kanak- kanak tetapi tiada spm. Bagaimana?

    • wslm. maaf, untuk persoalan ini, sila rujuk terus ke jabatan KEMAS.

  14. MUHAMAD AL HAFIDZ BIN ROSLAN
    at

    saya hafiz dari selangor. Saya ingin bertanya adakah layak untuk saya memohon jawatan guru tabika sekiranya saya adalah pelajar lepasan ijazah?

    • tuan boleh mendaftar dengan menggunakan sijil diploma atau setaraf semasa mengemukakan permohonan. Permohonan juga terbuka kepada semua jenis bidang pengajian. TQ

  15. Nurul Izzaty Bt Abdul Majid
    at

    Salam wbt.. Saya ingin bertanya sekiranya calon peringkat degree boleh memohon?

    • Walaikumsalam. Terima kasih atas pertanyaan. gunakan sijil diploma atau setaraf (sekiranya ada) semasa mengemukakan permohonan.

  16. saya nazirah berumur 24 tahun ingin bertanya kalau ada sijil tinggi persekolahan malaysia(stpm) boleh memohon tak jawatan guru tadika atau mana jawatan di tadika kemas.
    sebelum ini saya pernah berkerja di tadika swasta. Saya memang sukakan kanak-kanak.
    tolong reply mesej saya.

    • terima kasih atas pertanyaan cik Nazirah. Untuk permohonan menjadi guru tabika KEMAS, adalah menjadi keutamaan kepada calon yang mempunyai diploma pendidikan awal kanak-kanak. Walau bagaimanapun, sijil STPM juga adalah setaraf diploma. Oleh itu pemohon boleh mengemukakan permohonan seperti biasa. Pemohon yang terpilih tetapi tidak memiliki diploma pendidikan awal kanak-kanak akan dihantar untuk menjalani kursus Sijil Pendidikan Awal Kanak-Kanak (SPAKK) selama 6 bulan. TQ

Comments are closed.