Syarat Kemasukan Kolej Vokasional Kementerian Pendidikan Malaysia

syarat kemasukan kolej vokasional

Kolej Vokasional merupakan peringkat pendidikan yang diwujudkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia untuk meningkatkan taraf kemahiran sumber manusia negara. Ia menumpukan bidang kemahiran kepada penuntut yang telah mengikuti pengajian. Kolej Vakasional merupakan antara tempat yang diminati oleh ramai pelajar untuk melanjutkan pelajaran dan kemahiran mereka. Pendaftaran akan dibuka setiap tahun untuk semua pelajar yang layak. Bagi pelajar yang meminati untuk melanjutkan pelajaran ke tempat ini hendaklah mengetahui syarat kemasukan Kolej Vokasional yang telah ditetapkan.

Info Terkini

  • Tarikh permohonan telah dibukan bagi ambilan Januari 2018
  • Pendaftaran Kolej Vokasional dan SM Teknik adalah dibuka. Sila semak di pautan yang diberikan di bawah
Permohonan Online Kolej Vokasional 2018
Permohonan Online Sekolah Menengah Teknik 2018

Terdapat dua (2) aliran yang layak untuk melanjutkan pelajaran ke Kolej Vokasional (dan juga SM Teknik) iaitu Murid Lepasan PBS: Aliran Perdana/Akademik/Agama dan Murid Lepasan PAV.

Kedua-dua aliran yang telah disenaraikan perlu melepasi syarat kemasukan kolej vokasional atau SM Teknik yang telag ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia.

  1. Bagi Murid Lepasan PBS

Syarat Umum

  • Calon adalah warganegara Malaysia
  • Calon mestilah murid yang bersekolah di sekolah kerajaan atau sekolah bantuan kerajaan di bawah kelolaan KPM.
  • Calon telah menduduki Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) Tahun 2016 yang merangkumi Pentaksiran Pusat (PT3), Pentaksiran Sekolah (PS), Pentaksiran Aktiviti Jasmani , Sukan dan Kokurikulum (PAJSK) serta PentaksiranPsikometrik (PPsi).
  • Calon sihat tubuh badan.
  • Calon bebas daripada sakit kronik (masalah jantung, darah tinggi, kencing manis, sawan (epilepsy) dan lain-lain penyakit yang boleh mengehadkan murid daripadamelaksanakankerja amali).
  • Calon mestilah TIDAK RABUN/BUTAWARNA
  • Calon bebas daripadamasalah mental.
  • Calon berminat denganprogram dipohon.

Syarat Khusus

  • Calon memperoleh sekurang-kurangnya gred D bagi mata pelajaran BahasaMelayudan Kemahiran Hidup (Keputusan PT3).
  • Calon memperoleh sekurang-kurangnya Band 3 bagi mata pelajaran Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Sains, Matematik, dan Kemahiran Hidup (PentaksiranSekolah-PS).

2. Bagi Murid Lepasan PAV

  • Calon adalah Warganegara Malaysia;
  • Calon mestilah murid Program Pendidikan Asas Vokasional (PAV) Tingkatan Tiga (3) Tahun 2016;
  • Calon sihat tubuh badan ;
  • Calon bebas daripada sakit kronik (masalah jantung, darah tinggi, kencing manis, sawan (epilepsy) dan lain-lain penyakit yang boleh mengehadkan murid daripada melaksanakan kerja amali).
  • Calon bebas daripada masalah mental.
  • Calon berminat dengan program dipohon.
  • Calon menguasai 3M (membaca, menulis dan mengira).
  • Calon mestilah TIDAK RABUN WARNA / BUTA WARNA

Semogo pemohon yang ingin melanjutkan pelajaran ke Kolej Vokasional dipermudahkan urusan.

1 Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*