Syarat Kemasukan IKBN (ILKBS), Bidang dan Tempoh Pengajian

syarat kemasukan ikbn

Institut Latihan Kementerian Belia dan Sukan (ILKBS) di bawah Kementerian Belia dan Sukan mempelawa pelajar yang memiliki sijil sekurang-kurangnya SPM untuk mendaftar melanjutkan pelajaran di pelbagai bidang kemahiran yang ditawarkan di pelbagai cawangan seluruh Malaysia. Pemohon yang berminat hendaklah menepati syarat kemasukan IKBN agar dapat tawaran ke pengajian tersebut.

Berikut Adalah Syarat Umum Kemasukan IKBN

  1. Warganegara Malaysia
  2. Boleh membaca dan menulis
  3. Berusia di antara 18 hingga 30 tahun semasa memohon dan berkelulusan sekurang-kurangnya Tamat Tingkatan 5.
  4. Belum berkahwin (bujang)
  5. Sihat tubuh badan
  6. Tidak pernah melakukan kesalahan jenayah dan penyalahgunaan najis dadah
  7. Belum pernah mengikuti latihan kemahiran di mana-mana Institut Latihan Awam/Swasta (Kecuali pemohon yang mempunyai sijil lepasan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) dan Sijil Suruhanjaya Tenaga (ST) untuk menyambung pelajaran)
  8. Sanggup menjalani latihan sehingga tamat dan dikehendaki mengikuti segala peraturan yang telah, sedang dan akan ditetapkan.
  9. Pemohon yang sedang menjalani latihan dimana-mana institut latihan kemahiran dan belum tamat latihan/belum memperoleh sijil keterampilan SKM tahap 2/3 atau 2/4 tidak dibenarkan memohon untuk tahap selanjutnya.
  10. Pemohon yang tidak tamat latihan/disingkir dari mengikuti latihan dari mana-mana Institut Latihan Awam lain tidak dibenarkan memohon.
  11. Pemohon yang berkelayakan boleh membuat pendaftaran di pautan panduan yang kami sediakan; Permohonan IKBN.

Manakalah syarat kemasukan IKBN secara khusus boleh disemak melalui pautan yang disediakan ini: Syarat Khusus Kemasukan IKBN

Permohonan Kemasukan IKBN hanya boleh dibuat melalui online. Sila ‘open new tab’ untuk melihat senarai bidang, tempoh, dan lokasi IKBN dalam pautan yang diberikan di atas. Anda boleh memuat turun senarai bidang berkenaan melalui pautan tersebut.

Sekiranya anda berminat untuk melanjutkan pelajaran di institusi tersebut, sila rujuk Tarikh Pendaftaran IKBN untuk membuat permohonan kemasukan.

Senarai lokasi pengajian seluruh Malaysia

syarat kemasukan ikbn

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*