Soalan Lazim BKC Kenapa Masih Ramai Belum Dapat

Sejurus Pedana Menteri yang baharu mengumumkan bahawa Bantuan Khas Covid19 akan dipercepat, YB Senator Tengku Zafrul terus mengesahkan berita gembira untuk rakyat tersebut. Menurut Kementerian Kewangan Malaysia, bantuan itu akan mulai disalurkan pada 6 September (Isnin) 2021 kepada semua kumpulan yang layak secara berperingkat. Namun ada beberapa situasi yang menjadi persoalan di kalangan rakyat. Soalan lazim BKC ini akan kami kongsikan disertakan jawapan yang dikeluarkan sendiri oleh MoF.

Siapa Yang Layak BKC?

  1. Miskin Tegar
  2. B40
  3. M40

Perlukah Membuat Permohonan?

Tidak perlu membuat permohonan kerana pihak kementerian akan terus mengakses kelayakan anda melalui data yang sudah diperoleh sebelum ini. Kategori miskin tegar akan dirujuk melalui data Jabatan Kebajikan Masyarakat, manakalah B40 dan M40 akan dirujuk melalui data BPR 2021 dan sistem percukaian LHDN.

Jumlah Pembayaran Mengikut Fasa

soalan lazim bkc

Pembayaran Mengikut Fasa

pembayaran bkc

Sebab Belum Mendapat Bayaran?

  1. Anda terkeluar daripada kategori. Pendapatan telah bertambah. Tidak layak.
  2. Dalam proses dikreditkan, maka perlu bersabar.
  3. Tidak pernah menerima BR1M, BSH atau BPR sebab kaya. Tidak layak.
  4. Penerima GKP. Tidak layak.