Siti Kasim dan Isyarat Lucah Jari Tengah

siti kasim

Siapa Siti Kasim Sehingga Tergamak Memberikan Isyarat Jari Tengah Tu?

“Coretan ini sekadar pandangan peribadi. Dinasihatkan agar pembaca menghadam dengan lapang dan dapat memahami isu yang cuba disampaikan”
siti kasim
Sehari dua ini heboh mengenai seorang peguam bernama Siti Kasim. Ia bermula apabila beliau menunjukkan isyarat jari tengah kepada peserta forum mengenai Pemerkasaan Mahkamah Syariah (Pindaan Akta 355).

Saya menganggap isyarat itu tidak baik di sisi budaya Malaysia yang penuh dengan adab dan tertib. Namun, untuk menilai kejadian itu hendaklah dilihat secara keseluruhan punca beliau bertindak sedemikian.

Situasinya begini…

Ketika beliau cuba mengajukan beberapa persoalan kepada panel, beberapa peserta lain menyampuk dan sering mengganggunya.

“Ketika sesi dialog forum Pindaan Akta 355: Antara Realiti dan Persepsiā€ di Shah Alam, ucapan Siti yang bernada tinggi dan mengkritik itu sering diganggu dengan bunyi bising dan ejekan hadirin.”-themalaymailonline

Ulasan.

Semua ini bermula daripada sikap diri peserta. Dalam negara ini, budaya dialog, forum, dan wacanah masih baharu dan masyarakat masih kurang terdidik akan sikap yang patut ketika dalam majlis. Ada kalanya peserta yang menghadiri sesuatu forum sebenarnya sudah ada pendirian dan mereka hadir hanya untuk menyokong kumpulanya dan ingin melihat kumpulan lain lagi kalah.

Oleh sebab itu kematangan masyarakat dalam program dialog atau apa sahaja yang bersifat talks terbuka dan bebas mengutarakan pandangan amatlah penting.

Bagi isu Siti Kasim, saya melihat dari sudut kematangan dalam majlis seperti ini. Biarkan semua pihak memberi pendapat, kritikan, dan hujah mereka. Hujah tidak boleh dipatahkan dengan perangai mengusik orang lain bercakap. Hujah perlu dipatahkan dengan hujah.

BACA JUGA: Latar Belakang Tun Dr Mahathir Yang Buat Anda Terkejut

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*