Sinopsis Filem Dangal 2016 Yang Diarahkan Oleh Aamir Khan

sinopsis filem dangal

Tahukah anda tinju merupakan salah satu acara sukan yang dianjurkan seluruh dunia dan menjadi acara yang dipertandingkan peringkat antarabangsa seperti Olimpik dan Komanwel. India meskipun negara yang jarang didengari mengenai kejaguhan atlet mereka di mata dunia, namun sebenarnya pernah mencatat rekod dengan memenangi acara tinju di peringkat Komanwel. Siapa tidak kenal Mahavir Singh Phogat. Rakyat India wajib mengenalinya kerana beliaulah yang berjaya mencatat kejayaan merekrut peninju jagu di gelanggang Komanwel. Berikutan catatan sejarah berharga itulah sebuah filem diadaptasi bagi menginspirasikan kisah hidup peninju legenda itu. Untuk memahami jalan cerita filem ini, anda harus mengetahui sinopsis filem Dangal yang dilakonkan oleh artis terkenal Aamir Khan.

Jalan cerita filem Dangal mudah sahaja difahami namun dalam filem itu nanti watak dan babak lakonan dan situasi berjaya menghidupkan cerita yang penuh dengan inspirasi. Sama seperti filem ‘Sultan’, yang dilakonkan oleh Salman Khan sebagai Sultan Ali Khan, dalam filem Dangal, Aamir Khan memegang watak sebagai Mahavir Singh Phogat. Kisah bagaimana Mahavir mendidik anak-anaknya untuk menjadi peninju yang akhirnya berjaya meraih kejayaan cemerlang di peringkan antarabangsa. Babita Kumari dan Geeta Phogat merupakan nama anak kepada Mahavir yang mengikut jejaknya dalam dunia tinju.

Melalui proses yang panjang, susah payah dan kesungguhan seorang bapa kepada anaknya yang mengikuti jejak peninju itu, dibantu dengan iltizam seorang isteri kepada Mahavir, iaitu Daya Kaur (dilakonkan Sakshi Tanwar), akhirnya Geeta menjadi wanita India yang pertama memenangi pingat emas, manakalah kakaknya meraih medal perak di kejuaraan tinju Komanwel. Kisah kejayaan mereka telah dicatat pada acara Komanwel tahun 2010.

BACA: Piko Taro Catat Rekod Dunia

Daripada kisah yang penuh menginspirasikan dunia sukan negara India ini, maka ia telah diumumkan sebagai filem yang bebas cukai untuk ditayangkan seluruh Delhi. Menurut sumber; India Times, Ketua Jabatan Hiburan yang juga seorang Penolong Ketua Menteri, Delhi, Manish Sisodia memaklumkan filem Dangal telah memberi inspirasi semangat kesukanan. Oleh itu filem berkenaan telah diberikan pengecualian cukai di pawagam Delhi. Sementara itu, di daerah lain seperti Haryana dan Uttar Pradesh turut diberikan pengecualian cukai.

Diharap sinopsis filem Dangal ini sedikit sebanyak dapat membantu anda untuk mengetahui jalan cerita filem tersebut. Untuk mendalami lanjut, jangan lepaskan peluang membeli tiket dan tonton di wayang berdekatan anda. Jangan risau, cukai penayangan filem ini tiada kena mengena dengan anda.