Sidang Media Khas Najib Petang Ini umum Bubar Parlimen?

sidang media khas najib petang ini umum bubar parlimen

Perdana Menteri Malaysia, Dato Seri Najib Tun Abdul Razak akan mengadakan sidang media khas pada petang ini di Ibu Pejabat UMNO tingkat 39, Menara Dato Onn, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) petang ini. Menjadi persoalan ramai, adakah sidang media khas Najib petang ini umum bubar parlimen? Sama-samalah kita nantikan. Walau bagaimanapun, ada beberapa perkara yang mungkin menjadi tujuan sidang media itu dibuat.

Antara status terkini perkara itu ialah semua Ahli Majlis Tertinggi UMNO dipanggil dan akan hadir dalam sidang media khas itu pada 4:45 Petang ini. Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Zahid Hamidi terpaksa memendekkan tempoh lawatanya ke Perlis dan membatalkan majlis menteri tersebut.

Ada beberapa spekulasi yang cuba dikaitkan dengan tujuan sidang khas itu dibuat. Antaranya kemungkinan pembubaran parlimen. Jika ia dilakukan maka PRU14 akan berkumandang. Namun, pemerhati politik menafsirkan hampir mustahil sidang khas itu akan umum pembubaran parlimen.

Antara lain tujuan sidang khas itu kemungkinan berkenaan beberapa isu dalaman UMNO ketika ini. Walaubagaimanapun, pihak media setakat ini tidak dimaklumkan perincian sidang media yang akan berlangsung petang ini di PWTC.

Siaran Langsung Sidang Media Khas Dato Seri Najib Tun Abdul Razak

RASMI

Sidang Khas hari ini mengumumkan Tan Sri Muhammad Bin Haji Muhammad Taib, bekas Menteri Besar Selangor menyertai semula UMNO selepas sebelum ini pernah menyertai PAS dan PKR. SEKIAN

sidang media khas najib petang ini umum bubar parlimen

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*