Siapakah Malaysian Official One MO1?

siapakah malaysian official one mo1

Siapakah Malaysian Official One MO1?

Dalam satu laporan tergempar Department Of Justice (DOJ) di Amerika Syarikat, mengatakan bahawa seorang yang bergelar MO1 terlibat dengan penggubalan wang haram di negara itu.

Dalam laporan yang diaiarkan seluruh dunia itu menyatakan MO1 itu disebut lebih daripada 30 kali.

Soalnya siapakah MO1?

Untuk mengetahui kebenaranya, anda perlu dapatkan dokumen DOJ itu sendiri. Dan kita akan ketahui karakter MO1 yang dimaksudkan.

Sebagai rakyat Malaysia, kita pasti dapat mengagak orang sebenar MO1. Dia ialah pemutus kepada polisi negara. Tanda tanganya adalah yang paling berkuasa. Keselamatanya paling dijaga oleh Polis. Sekiranya ada pemimpin luar negara datang ke negara kita, pasti orang inilah yang paling utama untuk ditemui. Siapakah dia?

 

Sehingga kini ia masih menjadi teka teki sebahagian pihak meskipun ia mudah diagak. Walau bagaimanapun, selama mana ia tidak didedah secara rasmi, ia sukar untuk membuat tuduhan.