Senjata Rahsia Nazi Jerman Yang Ditiru Amerika Syarikat

senjata rahsia nazi jerman

Sebut sahaja teknologi perang, korang pasti akan ingat US, Russia dan China. Teknologi perang yang sangat canggih zaman kini pasti menggerunkan anda. Masih banyak teknologi yang menjadi misteri dan belum didedahkan kepada dunia telah disembunyikan oleh negara-negara kuasa besar. Contohnya senjata HAARP yang masih menjadi spekulasi hingga kini. Sekiranya anda berfikir bahawa US adalah pencetus segala teknologi ketenteraan, anda mungkin silap. Ini kerana sejarah telah buktikan bahawa Jerman pernah berada di puncak kegemilanganya suatu ketika dahulu. US bukanlah satu-satunya negara bangsa pencipta. Tahukah anda, senjata rahsia Nazi Jerman ini menjadi asas kepada teknologi US masa kini.

Senjata Rahsia Nazi Jerman Yang Ditiru Amerika Syarikat

V-2 Ciptaan Warner Von Braun

senjata rahsia nazi jerman

Inilah teknologi yang menjadi asas kepada penciptaan Roket Apollo US untuk ke bulan 1969. Malah projek US itu telah diselia sepenuhnya oleh bekas saintis dan pencipta roket Jerman ini iaitu Warner Von Braun.

Karl Great

senjata rahsia nazi jerman

Hanya ada 7 buah kesemuanya semasa diciptakan pada era perang dunia II. Namun kini tinggal sebuah yang disimpan dan dipamer di muzium perang Russia. Jerman satu-satunya yang mencipta mortar saiz sebesar ini di dunia hingga mampu meledakkan peluru seberat 2 tan. Walau bagaimanapun, teknologi ini sudah tidak relevan di zaman ini kerana lebih mementingkan ketepatan, efisyen, dan keberkesanan.

Schwerer Gustav Dan Dora

senjata rahsia nazi jerman

Satu lagi senjata gergasi yang pernah dicipta Jerman tidak dimiliki oleh mana-mana kuasa sehingga kini. Berat pelurunya sahaja 7 tan dengan lonjakan sehingga 37km jauh. Senjata ini diguna penuh semasa Operasi Barbarossa di Russia dan Battle of France. US telah memusnahkan senjata ini setelah berjaya merampasnya kerana takut akan diguna oleh Red Army. US tidak mampu membawanya kerana memerlukan rail kereta api dan beratnya mencecah 1300 tan.

Wind Cannon

senjata rahsia nazi jerman

Dalam istilah lain, ia disebut meriam angin. Dalam satu rekod tembakan, senjata ini mampu mematahkan papan setebal 25mm pada jarak 200 meter. Dengan kesan sebegitu, ia mampu menembusi badan manusia. Senjata ini dicipta untuk menembak kapal musuh yang memasuki ruang udara pasukan Nazi Jerman.

Silent Dart

senjata rahsia nazi jerman

Meskipun senjata ini tidak ada rekod penciptaan dilakukan, namun lakaran senjata ini ditemui selepas Jerman tumbang di Reich Chancellery, Berlin 1945. Kini, ia menyamai teknologi drone yang banyak dibangunkan US.

Shcallkanone

senjata rahsiah nazi jerman

Senjata ini mampu menghasilkan gema bunyi yang mencapai beribu decibel dan boleh menyebabkan gegendang telinga musuh pecah. Anda boleh lihat senjata ini dalam movie The Incredible Hulk.

Horten Ho 229

senjata rahsia nazi jerman

Jet pejuang ini memang berjaya dicipta oleh Jerman. Tugasnya khusus untuk mengebom ke sasaran tanpa dikesan oleh musuh. Sangat laju dan tidak dapat dikesan oleh radar. Namun jet ini mempunyai masalah penggunaan bahan api yang sangat tinggi. Sekiranya anda pernah melihat movie Captain America The First Avenger, jet inilah yang dinaikinya sebelum terhempas dan membeku di dasar ais.

Terdapat banyak lagi ciptaan-ciptaan senjata rahsia Nazi Jerman yang belum didedahkan. Malah selepas kekalahan Jerman, pihak berikat berjaya menemui pelan projek senjata perang Hitler yang masih peringkat kertas kerja dan belum dicipta prototaipnya.

Jerman pada zaman Hitler berjaya membuktikan keupayaan sains teknologinya dengan penciptaan ratusan senjata perang futuristik. Ketika pencapaian Nazi itu, Amerika belum mampu mencipta apa-apa yang mendahului kecanggihan Jerman.

SUMBER:

Senjata-senjata rahsia Jerman era Nazi!

http://www.vorply.com/history/list/insane-prototype-weapons-of-nazi-germany/list/2/

MENARIK: Model Laptop Gaming Terkini Menjadi Kegilaan Para Gamer