Senarai Peserta Maharaja Lawak Mega Musim 2017

senarai peserta maharaja lawak

Program realiti tv yang menjadi tumpuan rakyat Malaysia iaitu Maharaja Lawak Mega kembali lagi untuk musim 2017 dengan tema Empaya Lawak. Pasti ramai yang ingin mengetahui siapakah peserta-peserta program komedi musim ini. Kali ini, senarai peserta Maharaja Lawak Mega 2017 (MLM 2017) sangat menarik kerana disertai peserta yang barisan kumpulan pelawak baru dan lama. Ini pasti memberikan persembahan cukup memuaskan kepada penonton.

Maharaja Lawak Mega adalah program realiti tv yang berjaya menggabungkan barisan peserta daripada tiga buah negara iaitu Malaysia, Singapura dan Indonesia.

MLM 2017 disiarkan secara langsung pada setiap hari jumaat jam 10:00 malam di Royal Teater Shah Alam dan boleh ditonton secara live di Saluran Astro Warna dan Mustika HD. Peminat program komedi ini juga boleh menonton secara Live Streaming Maharaja Lawak Mega 2017 dan boleh ditonton Siaran Ulangan Mingguan Maharaja Lawak Mega 2017.

Berikut merupakan senarai peserta Maharaja Lawak Mega Musim 2017

Kumpulan / PesertaNama
senarai peserta maharaja lawakAtu, Sharif dan Syaiful
Wan Gegau, Wan dan Chot
Ajak dan Shahrul
Mamak dan Ali
Raja Azri dan AG Hafiz
Ropie, Achong dan Tauke
Mamat, Vicha dan Jiggy
Ajo dan Babu
Rahim, Joey dan Syuk
Abam, Fad dan Achey
Amin, Sarip dan Mama
Amir, Bocil dan Dinn
Mad dari Sabah
Danial

Peserta MLM akan diadili oleh juri tetap dan juri jemputan dengan pemarkahan 70% daripada juri dan 30% daripada undian penonton. Format pemarkahan ini masih dikekalkan seperti musim sebelumnya.

Hadiah Maharaja Lawak Mega 2017

Juara akan membawa pulang wang tunai sebanyak RM 500,000.00, manakalah bagi naib juara akan membawa pulang wang tunai sebanyak RM 250,000.00 dan tempat ketiga sebanyak RM 150,00.00. Tempat keempat juga bakal membawa hadiah wang tunai sebanyak RM 50,000.00 dan tempat kelima sebanyak RM 25,000.00. Kesemua peserta yang memenangi hadiah wang tunai akan disertakan dengan trofi.