Senarai Penting Manifesto BN PRU-14 (BR1M, Gaji, Bonus, Bantuan)

senarai penting manifesto bn pru-14

Apabila Perdana Menteri mengumumkan pembubaran parlimen maka tibalah hari yang ditunggu-tunggu iaitu pesta demokrasi negara Malaysia. Pada hari pengumuman itu juga merupakan hari terakhir Dato’ Seri Najib sebagai perdana menteri sebelum menjadi rakyat biasa yang akan bertanding atas tiket parti. Apa yang menarik, pada malam pembubaran secara rasmi berlaku (7 April 2018), BN dengan begitu gemuruh membentangkan manifesto pilihanraya yang dilaungkan oleh presiden UMNO iaitu Najib Razak itu sendiri di hadapan 40,000 penyokong setianya. Berikut merupakan senarai penting manifesto BN PRU-14 yang kita boleh sama-sama nilaikan.

Senarai Penting Manifesto BN PRU-14

1.) BR1M

BN menjanjikan peningkatan jumlah pemberian BR1M kepada rakyat yang layak. Berikut adalah jadual BR1M yang baharu diumumkan.

Kategori Jumlah Tarikh
Individu Bujang Tambahan RM150 Jun 2018
Isi Rumah Bawah RM3000 Dinaikkan RM800 Jun & Ogos 2018
Isi Rumah RM3000-RM4000 Dinaikkan RM600 Jun & Ogos 2018
Kategori Baru RM4000-RM5000 RM350 Jun & Ogos 2018

Info lanjut mengenai BR1M 2018: Jumlah Dan Tarikh Bayaran BR1M 2018

2.) Dompet Rakyat (Gaji Minimum): Klik Pautan

  • Meningkatkan kadar gaji minimum kepada RM1,500 sebulan
  • Menyediakan lebih banyak insentif, elaun dan manfaat kesihatan bagi pekerja di bawah syarikat GLC
  • Memperkenalkan kad diskaun pelajar untuk pengangkutan, khidmat kerajaan, dan keperluan pendidikan
  • Menyediakan geran khas sebanyak RM7500 untuk projek penanam semula sawit khusus FELDA

3.) Peluang Pekerjaan

  • Mempercepatkan pembangunan Malaysian Vision Midvalley yang dijangkakan membuka 1.3 juta peluang pekerjaan.
  • 10,000 peluang pekerjaan dalam keusahawanan sosial melalui syarikat GLC

4.) Sabah & Sarawak

senarai penting manifesto bn pru-14

 

Terdapat banyak lagi senarai manifesto yang ditawarkan Barisan Nasional kepada rakyat Malaysia yang bakal dilaksanakan sekiranya mereka diberi mandat sekali lagi dalam PRU-14 kali ini. Anda boleh mengikuti setiap tawaran yang dikemukakan oleh BN dalam kempenya melalui pautan iniĀ https://www.najibrazak.com/bm/manifesto-pru14/