Senarai Harga Kereta Selepas SST Dilaksanakan 1 September 2018

senarai harga kereta selepas sst

Pemansuhkan GST selepas Pakatan Harapan mengambil alih kerajaan daripada Barisan Nasional merupakan salah satu janji 100 hari. Pemansuhkan tersebut menjadikan GST telah berkadar sifar selama tiga bulan sehingga 31 Ogos 2018. Dengan pemansuhan itu juga, kerajaan telah kehilangan berbilion pungutan cukai. Dengan pelaksanaan SST, harga barangan di pasaran sudah tentu mendapat implikasinya. Salah satunya ialah harga kenderaan. Selepas 1 September, eksekutif pemasaran setiap kenderaan telah mengumumkan senarai harga kereta selepas SST dilakasanakan.

harga dan gambar spesifikasi perodua myvi 2018
Rekabentuk lampu belakang seperti model KIA RIO

Menurut pengarah urusan Perodua Sales Sdn Bhd iaitu Datuk Dr Zahari Husin, hampir semua model kenderaan Perodua mengalami penurunan harga selepas SST dilaksanakan 1 September. Berikut adalah jadual senarai harga kereta selepas sst dilaksanakan bagi model perodua.

senarai harga kereta selepas sst

Manakah model-model daripada keluaran kereta yang lain pula turut mengalami perubahan. Hampir kesemua model menunjukkan penurunan harga yang ketara kecuali model Odyssey 2.4 EXV 7-seater dengan peningkatan harga sebanyak RM4,096 dan Civic Type R dengan RM10,002. Manakala, harga untuk model Jazz Hybrid dan City Hybrid masih menunggu kelulusan kerajaan. Berikut adalah jadual terkini model kenderaan import.

senarai harga kereta selepas sst

Sewaktu kerajaan mengumumkan untuk melaksanakan semula SST, ramai yang meramalkan harga kenderaan akan naik mendadak. Walaubagaimanapun, ramalan tersebut meleset apabila perbandingan harga semasa GST dilaksanakan dan SST dilaksanakan menunjukkan harga kereta selepas SST dilaksanakan lebih rendah.

harga proton bayu

BACA: https://says.com/my/seismik/harga-kereta-perodua-honda-akan-lebih-murah-sebanyak-3-selepas-sst-dikenakan

Sales dan Service Tax merupakan sistem cuka lama yang pernah dilaksanakan oleh kerajaan Malaysia sebelum GST dilaksanakan. Namun pelaksanaan GST mengalami kegagalan apabila mekanismenya tidak mencapai matlamat. Meskipun ia adalah sistem cukai terkini dan digunakan oleh banyak negara, kerajaan baharu tetap melihat ia telah gagal dan perlu mengembalikan SST. Penjelasan mengenai SST dan senarai barang boleh dirujuk melalui pautan ini, Senarai Barang Dikenakan SST.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*