Senarai Finalis GV8 Kini Di Pentas Akhir Persembahan

Senarai Finalis GV8 Konsert Akhir Gegar Vaganza Musim 8

Ramai yang ternanti-nanti siapakah peserta GV8 yang bakal berada di pentas akhir persembahan konsert Gegar Vaganza 8 kali ini. Siri saingan persembahan sebelum ini kita telah saksikan beberapa peserta yang tersingkir dan tidak berjaya ke peringkat seterusnya. Akhirnya, Gegar Vaganza musim 8 membawa senarai finalis GV8 yang bakal memberi persembahan terbaik pada ahad malam minggu ini. Pasti peminat tidak sabar menonton idola mereka memberikan gaya dan suara di pentas akhir itu nanti.

Sebelum kita kenalkan kepada anda siapakah senarai finalis GV8 kali ini, mari kita lihat apakah hadiah menarik yang bakal dibawa pulang oleh pemenang peserta akhir musim ini;

Kedudukan Hadiah
Juara RM100,000 dan Trofi
Naib Juara RM50,000 dan Trofi
Tempat Ketiga RM30,000 dan Trofi
Tempat Keempat RM20,000 dan Trofi
Tempat Kelima RM15,000 dan Trofi
Tempat Keenam RM10,000 dan Trofi

Seperti musim sebelumnya, peserta yang berjaya mendapat kedudukan juara akan membawa pulang wang tunai sebanyak RM100,000 dan juga sebuah trofi. Gelaran juara ini bakal menjadi rebutan kepada semua enam orang finalis GV8 nanti. Senarai pemenang Gegar Vaganza musim sebelum ini ialah;

  1. Juara GV1 : Ayai Ilusi
  2. Juara GV2 : Siti Nordiana
  3. Juara GV3 : Azharina Azhar
  4. Juara GV4 : Aishah
  5. Juara GV5 : Noryn Aziz
  6. Juara GV6 : Naqiu dan Hadi Mirza
  7. Juara GV7 : Cliff Umar

Dibandingkan kesemua senarai juara di atas, jelas sekali Gegar Vaganza mempunyai kelasnya yang tersendiri. Kualifikasi dan standard yang ditetapkan oleh GV juga amat tinggi. Ini menjadikan kesemua nama finalis yang layak ke pentas akhir konsert Gegar Vaganza adalah hasil tapisan dan penelitian secara profesional daripada juri yang bertauliah dan berkelayakan tinggi. Maka bagi musim 8 ini, kesemua senarai finalis GV8 adalah juga hasil daripada juri tetap yakni Hetty Koes Endang dan Datuk Ramli MS. Gegar Vaganza juga masih meneruskan format penjurian seperti sebelum ini iaitu format pemarkahan yang terletak 100 peratus di tangan juri profesional.

MENARIK: Sinopsis The Curse Korea Tonjol Dukum Indonesia

Turut memeriahkan konsert kali ini ialah dua orang pengacara hebat iaitu Nabil Ahmad dan juga Jihan Muse. Kedua-dua pengacara ini tidak asing lagi di pentas Gegar Vaganza kerana musim sebelumnya juga kedua-duanya turut menghiburkan para penonton dengan gelagat dan lawak mereka. Tidak sabar mengetahui senarai pesert akhir Gegar Vaganza musim 8? Berikut adalah senarainya

  1. Adibah Noor
  2. Nikki Palikat
  3. Suki Low
  4. Aliff Aziz
  5. Aweera
  6. Azan Scan

Seramai enam finalis yang akan hadir dalam persembahan akhir Gegar Vaganza yang dijadualkan pada ahad minggu ini. Senarai tersebut akhirnya dimuktamadkan setelah persembahan minggu sebelumnya terpaksa menyingkirkan Ani Maiyuni dan Shidee. Persembahan keenam-enam peserta akhir ini dapat disaksikan melalui butiran berikut:

Tarikh: 23 Januari 2022 (Ahad)

Masa: 9.00 Malam

Venue: Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC)

Live: Astro RIA (Saluran 104), Astro Go, On Demand, Gegar Vaganza Live Plus