Senarai Barang Dikenakan SST Mulai 1 September 2018

senarai barang dikenakan sst

Apabila kerajaan Pakatan Harapan mengambil alih Putrajaya pada 9 Mei 2018, salah satu manifesto 10 janji 100 hari pemerintahan telah mula ditunaikan. Goods And Service Tax (GST) telah dimansuhkan mulai saat itu. Kerajaan telah kehilangan pungutan cukai tersebut selama lebih tiga bulan. Mulai 1 September 2018, pelaksanaan Sales and Service Tax akan dikuatkuasakan. Pasti kedua-dua sistem cukai ini mempunya perbezaanya yang ketara. Berikut adalah senarai barang dikenakan SST mulai 1 September tahun ini.

KLIK: Semak Senarai Barang Dikenakan Cukai SST


Video Penerangan Ringkas Perbezaan GST Dan SST


Fakta Penting Mmengenai SST

  1. Cukai jualan dikenakan kepada pengilang barangan yang mencapai jumlah pengeluaran RM500,000 setahun.
  2. Pengeluar yang melibatkan kerja sub kontrak dengan barangan dikenakan cukai yang turut mencapai jumlah RM500,000 setahun turut dikenakan cukai.
  3. Kastam membuka pendaftaran barang untuk bayaran cukai kepada pengeluar yang tidak mencapai RM500,000 setahun.
  4. Pengeluar atau peniaga yang dikecualikan bayaran cukai turut dibuka untuk pendaftaran secara sukarela.
  5. SST dikecualikan kepada pengeluar barang yang tidak disenarai cukai SST
  6. Pembayar GST sebelum ini yang memenuhi kriteria SST secara automatik didaftarkan kepada SST.
  7. Cukai Perkhidmatan dikenakan kepada semua perkhidmatan yang disenarai sahaja dengan jumlah pengeluaran melebihi RM500,000 setahun kecuali restoran yang membekalkan minuman beralkohol iaitu RM1,000,000 setahun.