
Pembentangan bajet merupakan saat yang dinantikan oleh rakyat Malaysia kerana ingin mendengar berita gembira daripada kerajaan mengenai inisiatif dan bantuan yang akan dilaksanakan pada tahun 2023. Jika sebelum ini terdapat banyak usaha kerajaan membantu rakyat bagi memulihkan kesan Covid19 dalam sektor ekonomi dan perniagaan, maka Bajet 2023 yang akan dibentang pada Jumaat 07 Oktober 2022 ini mungkin memberi pelbagai lagi inisiatif menarik kepada kita. Kali ini, kita akan tumpukan senarai bantuan kerajaan Bajet 2023 yang paling menggembirakan kepada kita.
BERKENAAN: Bantuan Keluarga Malaysia (BKM)
Tema Bajet 2023: Keluarga Malaysia, Makmur Sejahtera
Fokus Bajet 2023
Rakyat | Perniagaan | Ekonomi | Kerajaan |
Fokus Utama Bajet 2023
Bantuan serta inisiatif di bawah tiga (3) teras utama Bajet 2022 iaitu Rakyat, Perniagaan dan Komuniti telah membantu nilai eksport negara meningkat sebanyak 48.2% kepada RM141.3 bilion pada bulan Ogos 2022, iaitu peningkatan selama 13 bulan berturut-turut. Bagi 8 bulan pertama 2022, jumlah eksport telah melebihi RM1 trillion. Secara keseluruhan, perdagangan luar berkembang sebanyak 33.1% kepada RM1.87 trilion bagi 8 bulan pertama tahun ini.
<<KLIK>>
Siaran Langsung Pembentangan Bajet 2023
FOKUS PERTAMA
Bagi Bajet 2023 pula, Fokus Pertama adalah Kesejahteraan Rakyat. Ia akan dilaksanakan melalui tiga (3) Strategi iaitu:
- Memelihara Kebajikan Rakyat
- Mengutamakan Keluarga Malaysia
- Membina Kehidupan Kondusif
FOKUS KEDUA
Setelah aspek Kesejahteraan Rakyat diambil kira, Fokus Kedua Bajet 2023 pula adalah Kelangsungan Perniagaan. Ia akan dilaksanakan melalui tiga (3) Strategi iaitu:
- Mempermudah Aktiviti Perniagaan
- Merancak Pelaburan dan Perdagangan
- Menyokong Industri Tumpuan
FOKUS KETIGA
Bagi memastikan kadar inflasi di tahap terkawal, Fokus Ketiga Bajet 2023 ialah Kemakmuran Ekonomi, yang akan dilaksanakan melalui tiga (3) Strategi iaitu:
- Konsolidasi Fiskal dan Kemampanan Hasil
- Meneruskan Projek Infrastruktur Negara
- Mengungguli Agenda Kelestarian
FOKUS KEEMPAT
Bajet 2023 dirangka bagi terus mencapai matlamat Rancangan Malaysia Ke-12 (RMKe-12). Oleh itu, Fokus Keempat Bajet 2023 ialah Kecekapan Perkhidmatan Kerajaan, yang akan dilaksanakan melalui tiga (3) Strategi iaitu:
- Memperkukuh Perkhidmatan Utama
- Membina Daya Tahan Negara
- Penyampaian Perkhidmatan Awam Terbaik
Senarai Bantuan Kerajaan Bajet 2023
akan dikemaskini setelah maklumat rasmi dibentangkan