Senarai Bantuan Covid-19 Bantuan Kerajaan Sehingga RM8,664

senarai bantuan covid

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin telah mengumumkan sebanyak RM250 Bilion sebagai pakej ransangan ekonomi bagi mendepani pandemic Covid-19 yang telah menjejaskan kebanyakkan rakyat Malaysia. Banyak bantuan yang bakal diterima kepada rakyat yang terjejas akibat kesan daripada pandemic Covid-19. Berikut adalah senarai bantuan Covid-19 yang telah diumumkan.

Bantuan Prihatin Nasional

1. Sebanyak RM1,600 akan diberikan kepada setiap isi rumah yang berpendapatan RM4000 ke bawah. Bayaran sebanyak RM1000 diberikan pada bulan April dan kemudian RM600 pada bulan Mei.

2. Sebanyak RM1000 kepada isi rumah yang berpendapatan RM4000 hingga RM8000. Sebanyak RM500 akan dibayar pada bulan April dan RM500 lagi pada bulan Mei.

3. Sebanyak RM800 kepada individu bujang yang berusia 21 tahun ke atas yang berpendapatan kurang RM2000 sebulan. Sebanyak RM500 akan dibayar pada bulan April kemudian RM300 pada bulan Mei.

4. Sebanyak RM500 kepada individu bujang yang berusia 21 tahun ke atas yang berpendapatan RM2000 hingga RM4000. Sebanyak RM250 akan dibayar pada bulan April kemudian RM250 pada bulan Mei.

5. Sebanyak RM200 diberikan kepada pelajar universiti yang akan dibayar pada bulan Mei.

6. Elaun khas kepada kakitangan KKM sebanyak RM600 yang akan dibayar bermula 1 April hingga wabak Covid-19 selesai.

7. Elaun khas kepada anggota keselamatan sebanyak RM200 yang akan dibayar bermula 1 April sehingga wabak Covid-19 selesai. Elaun khas ini melibatkan tentera, polis, kastam, imigresen, Angkatan Pertahanan Awam, dan RELA.

Terdapat banyak lagi senarai bantuan Covid-19 yang diumumkan oleh kerajaan untuk mendepani keadaan yang berlaku. Bantuan-bantuan yang lain berupa jaminan kerajaan yang memberi manfaat kepada rakyat.

Perdana Menteri juga mengumumkan akan memberikan BSH mulai Julai 2020. Ia melibatkan jumlah RM3.2 bilion. Semakan BSH 2020.

3 Comments

  1. THEVA A/L RJENDREN
    at

    Brm register bujang

  2. jayalchmy a/p muniandy
    at

    Brm regiser bujang

  3. Bila Bayaran BSH Bujang

Comments are closed.