Semakan Tarikh Luput Roadtax dan Insuran Kereta/Moto JPJ Online

semakan tarikh luput roadtax

Pemilik kenderaan boleh membuat semakan tarikh luput roadtax dan insuran kenderaan hanya melalui online di portal rasmi Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia (JPJ). Orang awam dinasihatkan agar sentiasa memastikan cukai kenderaan diperbaharui agar tidak melanggar peraturan jalan raya.

Bagi pengguna jalanraya yang memiliki kenderaan sendiri, hendaklah memastikan roadtax (cukai jalan) dan insuran kenderaan sentiasa diperbaharui bagi mengelakkan daripada disaman atau diambil tindakan undang-undang.

Notis daripada JPJ Malaysia menjelaskan bagi kesalahan pemilik kenderaan yang menggunakan kenderaanya dalam keadaan Roadtax dan Insuran telah luput akan dikenakan saman kompoun sebanyak RM300. Oleh yang demikian adalah dikehendaki pemilik kenderaan menyemak dan memperbaharui cukai jalan dan insuran kenderaan.

Berikut adalah contoh semakan tarikh luput roadtax dan insuran JPJ melalui talian online

>>SEMAK<<

semakan tarikh luput roadtax dan insuran

Pautan Rasmi JPJ Malaysia: Semak Lesen

BERKAITAN: Semakan Bantuan Sara Hidup Rakyat (BSHR/BR1M)

Pemilik kenderaan hendaklah memilih kategori kependudukan kemudian memasukkan No ID (Nombor Kad Pengenalan) seperti yang tertera dalam gambar di atas.

Ramai pemilik kenderaan yang tidak membuat pembaharuan kenderaan menyebabkan kenderaan. Kenderaan yang tidak memiliki RoadTax selama lebih daripada 2 tahun perlu dihantar ke PUSPAKOM untuk pemeriksaan sebelum membuat pembaharuan cukai.