Semakan Status Permohonan IPG Ujian UKCG Dan Tawaran PISMP 2018

semakan status permohonan ipg

Sukacita dimaklumkan kepada semua pemohon yang telah membuat pendaftaran online kemasukan Institusi Pendidikan Guru (IPG) 2018, semakan status permohonan IPG iaitu mengikuti Ujian Kelayakan Calon Guru (UKCG) boleh dibuat mulai tarikh yang dinyatakan di bawah. Pemohon boleh membuat semakan nama sama ada telah dipanggil untuk mengikuti UKCG ataupun tidak. Ikuti tarikh-tarikh semakan penting di bawah.


Berikut Adalah Butiran Semakan Panggilan Ujian UKCG:

 

Tarikh Semakan Dibuka Tarikh Semakan Ditutup
9 April 2018 17 April 2018

Aplikasi semakan: https://pismp.moe.gov.my/

Sekiranya pemohon ingin mengetahui lebih lanjut mengenai UKCG, pemohon boleh melayari ke pautan ini; Contoh Soalan Ujian Bertulis (INSAK) dan Ujian Kecergasan Calon Guru.


Berikut Adalah Butiran Semakan Temuduga PISMP:

Semakan Temuduga Dibuka Semakan Temuduga Ditutup
9 Mei 2018 15 Mei 2018

Log Masuk Semakan Temuduga: “akan disertakan sekiranya pautan sudah disediakan”

Sekiranya pautan aplikasi keluar tanda seperti di bawah, ikuti langkah ini untuk menanganinya.

semakan status keputusan permohonan ipg

Hanya calon yang mengikuti dan lulus ujian bahagian UKCG sahaja yang akan dipanggil untuk mengikuti peringkat temuduga Kementerian Pendidikan Malaysia. Calon yang berjaya dipanggil untuk temuduga adalah bagi saringan kelayakan ke Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP).

Calon yang berjaya dikehendaki mencetak Surat Panggilan Temuduga dan Borang Butiran Diri melalui laman aplikasi semakan.

Sekiranya anda mengalami masalah selain ‘error’ di atas, ia adalah bukan bidang kuasa admin. Sebagai makluman, Majlis Keselamatan Negara telah mengeluarkan amaran mengenai virus merbahaya yang baru sahaja menyerang lebih daripada 75 negara seluruh dunia. Portal penting kerajaan telah mengambil langkah berjaga-jaga mengnai permasalahan ini. Pihak admin akan memaklumkan sekiranya terdapat sebarang perubahan berkenaan IPG yang dikeluarkan.


Butiran Tarikh Temuduga

Tarikh Temuduga Dijalankan: 13 Mei 2018 hingga 18 Mei 2018 (bergantung butiran terperinci kepada calon)

Calon yang berjaya ditawarkan ke temuduga dikehendaki membawa Surat Panggilan Temuduga, Borang Butiran Diri yang lengkap diisi serta sijil-sijil kokurikulum yang berkaitan.


Berikut Adalah Butiran Semakan Tawaran PISMP 2018

 

Semakan Tawaran Dibuka Semakan Tawaran Ditutup
13 Jun 2018 24 Jun 2018

Aplikasi semakan PISMP: Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan 2018

Hanya calon yang telah lulus temuduga sahaja yang akan ditawarkan untuk memasuki Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan IPG. Calon temuduga yang tidak mendapat sebarang keputusan selepas tarikh tersebut boleh dianggap sebagai tidak ditawarkan.


Butiran Pendaftaran ke IPG

Tarikh Pendaftaran: 26 JUn 2018


Butiran tarikh di atas adalah tertakluk kepada perubahan semasa dan para pemohon hendaklah merujuk kepada portal rasmi seperti pautan yang telah diberi. Semakan status permohonan IPG akan dikemaskini dari masa ke semasa.

20 Comments

  1. Saya dh dapat login and kt sna ucap Tahniah tpi atas nama dan ic orang lain… mcm mana ni sy nk pilih yg mna pun tak tau, sy pun nak hadir temuduga tmpat lain jga and tak tau nk buat persediaan utk mana satu… Tolong fix kn masalah ni admin :/

  2. tak dapat cek lagi. hmmm

  3. Dh bnyk kali sya nk log in ipg tp knapa xblh ?

  4. Waktu buat login, aq dah letak no ic ngan password tu. Bila masuk tengok tertulis tahniah. Tapi bila check no:IC ngan nama kat bawa tahniah tu orang lain punya. ……….

  5. laman web ipg dah xleh buke…

  6. arini dh 17/5 , pon xleh nk log in lagi.. parents dh bnyak kali tnya psal semakan ipg ni..Lagi nk jwab xleh nk log in… arrrr….stresssnye…

  7. dah 17 mei kenapa tak buka semakan panggilan temuduga lagi?next week dah interview mcm mana calon-calon yang dipanggil temuduga nak buat persediaan.

  8. Knp log msuk msih dttup? Mcm mn sy nk tau sy dpt ke x ipg? Bila sy semak semula tdi.. tiba2 site tu xblh dibuka..knp? Mhon bgi pencerahan..jgn buat kami tertanya2 dan tertunggu..kesian ibubapa kami yg berharap..

    • AMARAN DARIPADA MAJLIS KESELAMATAN NEGARA MENGENAI ANCAMAN SIBER RANSOMWARE. Untuk makluman semua, MKN telah mengeluarkan amaran mengenai ancaman virus RANSOMWARE ‘WANNACRY’ yang baru menggelapkan beberapa operasi besar di luar negara. Oleh itu, beberapa portal dan server telah mengambil inisiatif untuk keselamatan data dan pengguna. MKN menasihatkan agar langkah-langkah pencegahan dilakukan:
      1. Jangan membuka klik atau attachment yang tidak diketahui dalam email.
      2. Update Patch windows PC anda.
      3. Update definition antivirus PC anda.
      4. Membuat backup data.

      Pihak admin berudakacita atas segala kesulitan yang tidak dapat dielakkan buat masa ini.

  9. trikh temuduga dh nk dkat.. mohon kpm pinda jugak tarikh tmuduga jgk.. sbb nk buat prsediaan.. dahla xbleh log in.

  10. Tak boleh semak lagi ke?? hritu cakap 15/5 dah bleh smak.. harini dah 16/5 still x dpt log in.. apa maslah sebenarnya ni? Ini bnar2 mngecewakan calon-calon dan juga ibu bapa yang begitu teruja untuk membuat semakan. Diharap tidak ada lagi penundaan selepas ini. Harap KPM boleh mnambah baik sistem semakan agar tidak berlaku masalh sebegini nanti.

    • AMARAN DARIPADA MAJLIS KESELAMATAN NEGARA MENGENAI ANCAMAN SIBER RANSOMWARE. Untuk makluman semua, MKN telah mengeluarkan amaran mengenai ancaman virus RANSOMWARE ‘WANNACRY’ yang baru menggelapkan beberapa operasi besar di luar negara. Oleh itu, beberapa portal dan server telah mengambil inisiatif untuk keselamatan data dan pengguna. MKN menasihatkan agar langkah-langkah pencegahan dilakukan:
      1. Jangan membuka klik atau attachment yang tidak diketahui dalam email.
      2. Update Patch windows PC anda.
      3. Update definition antivirus PC anda.
      4. Membuat backup data.

      Pihak admin berudkacita atas segala kesulitan yang tidak dapat dielakkan buat masa ini.

  11. Di tulis log masuk di tutup. Jadi saya tidak boleh masuk untuk buat semakan

    • AMARAN DARIPADA MAJLIS KESELAMATAN NEGARA MENGENAI ANCAMAN SIBER RANSOMWARE. Untuk makluman semua, MKN telah mengeluarkan amaran mengenai ancaman virus RANSOMWARE ‘WANNACRY’ yang baru menggelapkan beberapa operasi besar di luar negara. Oleh itu, beberapa portal dan server telah mengambil inisiatif untuk keselamatan data dan pengguna. MKN menasihatkan agar langkah-langkah pencegahan dilakukan:
      1. Jangan membuka klik atau attachment yang tidak diketahui dalam email.
      2. Update Patch windows PC anda.
      3. Update definition antivirus PC anda.
      4. Membuat backup data.

      Pihak admin berudakacita atas segala kesulitan yang tidak dapat dielakkan buat masa ini.

  12. mcn mane nk log in sedangkn ia ditutup… kata 15 mei, ni dah 16 ..pon xleh nk log in

    • AMARAN DARIPADA MAJLIS KESELAMATAN NEGARA MENGENAI ANCAMAN SIBER RANSOMWARE. Untuk makluman semua, MKN telah mengeluarkan amaran mengenai ancaman virus RANSOMWARE ‘WANNACRY’ yang baru menggelapkan beberapa operasi besar di luar negara. Oleh itu, beberapa portal dan server telah mengambil inisiatif untuk keselamatan data dan pengguna. MKN menasihatkan agar langkah-langkah pencegahan dilakukan:
      1. Jangan membuka klik atau attachment yang tidak diketahui dalam email.
      2. Update Patch windows PC anda.
      3. Update definition antivirus PC anda.
      4. Membuat backup data.

      Pihak admin berudakacita atas segala kesulitan yang tidak dapat dielakkan buat masa ini.

  13. Saya tak boleh nak log in…sebab kata laluan di tutup… minta bantuan

    • AMARAN DARIPADA MAJLIS KESELAMATAN NEGARA MENGENAI ANCAMAN SIBER RANSOMWARE. Untuk makluman semua, MKN telah mengeluarkan amaran mengenai ancaman virus RANSOMWARE ‘WANNACRY’ yang baru menggelapkan beberapa operasi besar di luar negara. Oleh itu, beberapa portal dan server telah mengambil inisiatif untuk keselamatan data dan pengguna. MKN menasihatkan agar langkah-langkah pencegahan dilakukan:
      1. Jangan membuka klik atau attachment yang tidak diketahui dalam email.
      2. Update Patch windows PC anda.
      3. Update definition antivirus PC anda.
      4. Membuat backup data.

      Pihak admin berudakacita atas segala kesulitan yang tidak dapat dielakkan buat masa ini.

  14. Dkt mna nk buat semakan??

    • tekan pautan aplikasi yang disediakan -admin

Comments are closed.