Semakan Status Imigresen Senarai Hitam Peminjam PTPTN

semakan status imigresen

Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) dalam satu kenyataan bahawa pemutihan terhadap peminjam PTPTN yang telah disenarai hitam daripada Jabatan Imigresen sebelum ini akan dilakukan. Pengumuman itu selaras dengan manifesto kerajaan Pakatan Harapan dalam 10 janji 100 hari memerintah. Menteri Pelajaran, Dr Madzlee Malik mengesahkan perkara tersebut dan ia melibatkan senarai peminjam yang bergaji kurang daripada RM4000 sebulan. Semakan status Imigresen boleh dilakukan pada bila-bila masa.

BERKAITAN: Semakan Bantuan Sara Hidup Rakyat (BSHR)/BR1M

Manakalah pengerusi PTPTN yang baharu, Wan Saiful Wan Jan berkata bahawa peminjam perlulah mengemaskini butiran peribadi melalui laman rasmi PTPTN bagi memudahkan proses pemutihan.

Cara Membuat Kemaskini Butiran Pendapatan Dalam Laman PTPTN

  1. Klik Pautan: https://www.ptptn.gov.my/akuanpendapatan/
  2. Masukkan No. Kad Pengenalan dan No. Pinjaman
  3. Baca: MANUAL PENGGUNA
  4. Bagi mengetahui No. Pinjaman, berikut disertakan senarai staf dan nombor telefon yang boleh dihubungi melalui WhatsApp bagi pertanyaan mendapatkan No. Pinjaman PTPTN. Pastikan anda memberikan Nama Penuh, No.Kad Pengenalan, Nama Ibu dan Nama Kursus Pengajian.

Cara Membuat Semakan Status Imigresen Peminjam PTPTN

  1. Klik Pautan: http://sspi.imi.gov.my/sspi/
  2. Masukkan No. Kad Pengenalan
  3. Tekan Semak

Semakan status imigresen hendaklah dilakukan bagi memastikan anda mengetahui sama ada tidak mendapat halangan ke luar negara atau pun sebaliknya. Bagi peminjam PTPTN yang telah disenarai hitam dalam Jabatan Imigresen sebelum ini dan berpendapatan RM4000 ke bawah, boleh lah membuat kemaskini maklupat pekerjaan dan pendapatan terkini dalam portal PTPTN yang disediakan.

PTPTN telah memberikan masa selama 9 hari kepada peminjam untuk mengemaskini maklumat pekerjaan dan pendapatan terkini yang mana ia akan ditutup pada 31 Julai 2018.

Pelancara proses pemutihan senarai imigresen ini adalah bagi menunaikan janji kerajaan Pakatan Harapan selaras dengan manifesto dalam 10 janji 100 hari pemerintahan. Ia bagi bertujuan untuk meringankan beban peminjam yang masih tidak mampu membuat bayaran balik pinjaman PTPTN berikutan kos sara hidup yang semakin meningkat.

Walau bagaimanapun, semua peminjam tetap dialu-alukan untuk membuat bayaran balik sekiranya berkemampuan meskipun pendapatan bulanan belum mencapai RM4000 sebulan. PTPTN tidak akan mengisytihar bankrap kepada peminjam seperti mana yang didakwa sesetengah pihak. Kebankrapan seserorang adalah tertakluk kepada undang-undang dan ia bukanlah bidang kuasa pihak PTPTN setakat ini.