Semakan Status dan Tarikh Bayaran BKM Fasa 1

SEMAKAN STATUS BKM 2022

Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) merupakan satu inisiatif kerajaan yang bertujuan untuk mengurangkan beban sara hidup kepada golongan sasar yang telah ditetapkan. BKM adalah ganti kepada Bantuan Sara Hidup (BSH) dan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) yang pernah dilaksanakan sebelum ini. Bagi penerima BKM tahun 2022, ikuti semakan status dan juga tarikh pembayaran untuk Fasa 1 yang dijadualkan dimasukkan ke akaun pada bulan Mac ini.

Permohonan Dan Kemaskini BKM 2022

Isi rumah atau individu yang telah mengemukakan permohonan dan kemaskini maklumat BKM boleh membuat semakan terus secara talian online di pautan berikut;

https://bkm.hasil.gov.my/Account/Login

Pastikan pemohon memasukkan No.Kad Pengenalan atau ID Pengguna dan Kata Laluan yang betul sekiranya membuat semakan status BKM yang dipohon bagi tahun 2022.

Tarikh Bayaran BKM Fasa Pertama 2022

Tarikh Bayaran Pertama Tarikh Bayaran Pertama Berakhir
28 Mac 2022
Pautan: https://bkm.hasil.gov.my/Account/Login

Terdapat 3 Kategori Penerima BKM 2022 Fasa 1

Kategori Isi Rumah
  • Isi rumah (mempunyai anak atau tiada anak)
  • Berkahwin atau ibu bapa tunggal (mempunyai anak)
  • Pendapatan RM5000 ke bawah
Kategori Warga Emas atau Tiada Pasangan
  • Bujang atau
  • Ibu bapa tunggal/Balu/Janda/Duda yang tiada anak
  • Berumur 60 tahun dan ke atas
  • Mempunyai pendapatan kurang RM5000 ke bawah
Kategori Bujang
  • Bujang atau
  • Ibu bapa tunggal/Balu/Janda/Duda yang tiada anak
  • Berumur dari 21 tahun sehingga 59 tahun
  • ATAU berumur 19 tahun dan ke atas (bagi OKU)
  • Mempunyai pendapatan RM2500 ke bawah

Jumlah Bayaran BKM Mengikut Kategori

Pemohon yang berjaya akan menerima status BERJAYA melalui SMS dan juga di paparan online https://bkm.hasil.gov.my/Account/Login kemudian proses bayaran bantuan BKM terus ke akaun yang didaftarkan. Sekiranya pemohon tidak memiliki akaun bank, pemohon boleh terus ke mana-mana cawangan BSN yang terdekat untuk mendapatkan baucar tunai.

Sekiranya pemohon GAGAL, ini bermakna kelayakan pemohon tidak memenuhi kriteria yang ditetapkan oleh pihak Kementerian Kewangan. Walau bagaimanapun, pihak kami akan membuat kemaskini sekiranya pautan rayuan akan dibuka oleh pihak kementerian. Ini bagi memastikan objektif bantuan yang menyasarkan kepada semua golongan yang berkelayakan tercapai dan pemohon yang tercicir dapat menerima bantuan.

Seandainya pemohon mempunyai sebarang pertanyaan melalui saluran berikut:

SALURAN PERTANYAAN
Hotline BKM MOF
03-8882 4565/
03-8882 4566

Hotline BKM LHDNM
1-800-88-2747

E-mel
bkm@treasury.gov.my
Laman Web
https://bkm.hasil.gov.my

Alamat Kementerian Kewangan
Sekretariat BKM
Pejabat Belanjawan Negara
Kementerian Kewangan Malaysia (MOF)
Presint 2, 62592 Putrajaya

3 Trackbacks / Pingbacks

  1. Permohonan Dan Kemaskini BKM (BR1M) Online 2022
  2. Permohonan Bantuan Tablet Percuma Pelajar IPT Golongan B40 2022
  3. Permohonan Pengeluaran Khas KWSP RM10,000 Online

Comments are closed.