Semakan Penempatan Pelatih PLKN 2017 Online dan SMS

semakan penempatan pelatih plkn

Semakan penempatan pelatih PLKN untuk tahun 2017 boleh dibuat oleh pelajar yang telah memohon dan dipilih. Pelatih PLKN adalah dari kalangan pelajar lepasan SPM yang akan dipilih secara rawak oleh kerajaan.

Program Latihan Khidmat Negara adalah perancangan kerajaan untuk memastikan para belia yang telah menamatkan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia dapat mengisi masa lapang mereka semasa cuti sekolah. Begitu pun ada sesi PLKN yang dibuat selepas keputusan SPM dikeluarkan.

Bagi pelajar yang ingin membuat permohonan online untuk PLKN secara sukarelah, bolehlah mengisi borang online mengikut pautan yang disediakan di bawah:


Semakan Penempatan Pelatih PLKN

Pelajar boleh membuat semakan mengikut setiap kumpulan. Setiap tahun PLKN dijalankan sebanyak tiga (3) sesi. Iaitu sesi Mac, Julai dan September. Setiap sesi dijalankan selama tempoh tiga bulan.

  1. Kumpulan 1: 18 Mac 2017 – 16 Mei 2017
  2. Kumpulan 2: 15 Julai 2017 – 13 September 2017
  3. Kumpulan 3: 30 September 2017 – 28 November 2017

Pautan Semakan Online: Semakan PLKN

Semakan penempatan pelatih melalui SMS

taip PLKN KEM>jarak<No.IC>hantar ke 15888