Semakan Pembayaran i-Sinar 4 Januari 2020

semakan pembayaran i-sinar

Sukacita dimaklumkan, pencarum yang telah memohon untuk pengeluaran wang melalui program i-Sinar kini telah dibuka untuk semakan. Pencarum yang mendapat kelulusan pengeluaran sehingga maksimum RM10,000 atau 10% daripada kategori 1 sahaja, boleh membuat semakan i-Sinar untuk proses pengkreditan wang ke dalam akaun yang didaftarkan. Berikut adalah butiran semakan pembayaran i-Sinar dan jadual pembayaran dimasukkan ke dalam akaun pencarum.

Butiran Semakan Status i-Sinar

Tarikh Semakan Status Pautan Dalam Internet
04 Januari 2020 https://isinar.kwsp.gov.my/check-status

Pencarum yang LULUS akan mendapat paparan skrin yang menyatakan notis makluman seperti berikut.

Pembayaran bulan pertama ke dalam akaun bank anda akan dibuat sebelum 9 Januari 2021.

JIKA anda memilih pembayaran melalui Arahan Bayaran (PO), anda akan menerima Notis Pengambilan Bayaran melalui Arahan Bayaran daripada pihak bank sebelum 13 Januari 2021.

Butiran Jadual Semakan Pembayaran i-Sinar

Tarikh Bayaran ke Akaun Tarikh Bayaran Melalui Borang (PO)
Sebelum 9 Januari 2020 Sebelum 13 Januari 2020

Syarat Pengeluaran i-Sinar Kategori 1 dan Kategori 2

Sekilas Soal Jawab Mengenai i-Sinar KWSP

1. Apa itu i-Sinar?

  • i-Sinar merupakan kemudahan untuk Ahli KWSP yang terjejas dalam tempoh krisis COVID-19 bagi membantu mereka meneruskan kelangsungan hidup.

2. Apakah kriteria untuk memohon i-Sinar?

semakan status i-sinar

3. Bila dan bagaimana memohon i-Sinar?

  1. Sekiranya anda tergolong dalam Kategori 1, anda boleh mula memohon pada 21 Disember 2020.
  2. Bagi anda yang tergolong dalam Kategori 2 pula, permohonan boleh dibuat bermula 11 Januari 2021.
  3. Permohonan i-Sinar hanya secara online di laman web isinar.kwsp.gov.my

4. Apakah perkara penting yang perlu dilakukan sebelum memohon i-Sinar?

  1. Bagi melancarkan urusan permohonan nanti, anda digalakkan untuk mendaftar nombor telefon bimbit anda di cawangan atau kios KWSP dan mengemas kini maklumat melalui aplikasi atau portal i-Akaun.
  2. Pastikan akaun bank yang diberikan kepada KWSP semasa pendaftaran:
    1. Masih aktif
    2. Milik anda
    3. Bukan Akaun Bersama (Joint Account)

5. Bagaimanakah cara pencarum boleh menyemak baki simpanan akaun 1 pencarum?

  • Melalui Aplikasi atau Portal i-Akaun atau Cawangan atau kios KWSP.

6. Bila dan bagaimanakah pembayaran i-Sinar akan dibuat?

  1. Bagi kategori 1, pembayaran pertama i-Sinar akan dibuat bermula pertengahan Januari 2021.
  2. Bagi kategori 2, status permohonan akan dimaklumkan kepada ahli dalam masa dua hingga tiga minggu selepas permohonan dibuat. Pembayaran akan dilaksanakan sebelum akhir bulan berikutnya, selepas kelulusan diberi.
  3. Pembayaran selebihnya akan dibuat secara bulanan mengikut jumlah dan tempoh permohonan anda.
  4. Pembayaran akan dilakukan melalui kaedah pengkreditan terus (direct credit) ke dalam akaun bank milik anda.

7. Berapakah amaun kelayakan i-Sinar?

jumlah kelayakan i-sinar

8. Adakah i-Sinar yang telah dikeluarkan perlu dibayar semula?

-Tidak perlu

9. Jika telah membuat pengeluaran i-Lestari, adakah boleh memohon i-Sinar?

-Boleh

 

Sumber: https://isinar.kwsp.gov.my/faq