
Sukacita dimaklumkan bahawa semakan online pembayaran BPR bagi tahun 2021 kini dibuka. Pemohon yang telah membuat kemaskini serta permohonan baharu boleh membuat semakan secara online. Butiran semakan serta panduan semakan boleh diikuti seperti yang dikongsikan.
BERKAITAN: Rayuan Permohonan BPR 2021
Bayaran Fasa Pertama BPR 2021 akan diterima oleh penerima lulus sedia ada BSH 2020 / BPN 2.0 termasuk rayuan dengan pendapatan isi rumah terhad RM5,000 dan pendapatan bujang terhad RM2,000. Hanya kategori ini akan mendapat pembayaran pada Fasa Pertama BPR.
Jumlah Bayaran BPR Fasa Pertama 2021
Kategori Isi Rumah | RM300 |
Bujang (Umur 21-59 Tahun) | RM150 |
OKU (Umur 18-59 Tahun) | RM150 |
Tarikh Pembayaran BPR Fasa Pertama 2021
Tarikh Pembayaran Dibuka | Tarikh Pembayaran Ditutup |
Hujung Febuari | Mac |
Tarikh Pembayaran BPR Fasa Kedua 2021
Tarikh Pembayaran Dibuka | Tarikh Pembayaran Ditutup |
September | Oktober |
Klik Pautan Semakan Online Pembayaran BPR Di Bawah
https://bpr.hasil.gov.my/account/Login.aspx |
Kaedah Pembayaran BPR Fasa Pertama
Pembayaran Fasa Pertama adalah seperti berikut:
1. Berjaya kredit ke akaun bank.
Pembayaran akan dikreditkan ke akaun bank penerima yang lulus dan berjaya kredit BSH 2020 / BPN 2.0 termasuk rayuan.
2. Tunai di Kaunter BSN
Pembayaran akan dilakukan secara tunai sekiranya pembayaran terakhir BSH 2020 / BPN 2.0
adalah secara tunai.
Pembayaran secara tunai dilakukan sekiranya akaun bank pemohon tersalah semasa membuat pendaftaran. Pembayaran secara tunai juga dilakukan sekiranya pemohon sebelum ini menerima bayaran BSH 2020 atau BPN 2.0 secara tunai. Pemohon tidak boleh membuat kemaskini akaun bank setelah status kelulusan BPR dikeluarkan.
Sekiranya anda ingin membuat sebarang pertanyaan, anda boleh terus menghubungi nombor dan alamat pihak agensi berikut;
Hotline BPR LHDNM: 1 800 88 2747
Hotline BPR MoF: 03 8882 4565 / 03 8882 4566
e-Mel: bpr@treasury.gov.my
Alamat: Sekretariat BPR,Pejabat Belanjawan NegaraKementerian Kewangan Malaysia(MOF), Presint 2, 62592 Putrajaya
Disclaimer:
Pemohon dinasihatkan agar membaca panduan dengan betul. Pemohon juga dinasihatkan agar tidak mempercayai pihak yang cuba mengambil kesempatan ke atas bantuan yang diberikan. Akses dan semakan hanya boleh dibuat terus secara online. Bantuan wang yang diberikan akan terus dikreditkan ke dalam akaun pemohon. Pemohon juga boleh menghubungi pihak agensi yang berkenaan bagi mengelak daripada ditipu pihak yang tidak bertanggung jawab.