Semakan Markah Kokurikulum Pelajar eMKOKO Online

semakan markah kokurikulum pelajar emkoko

Makluman untuk pelajar yang akan mengambil peperiksaan PT3, SPM, STPM, dan STAM, semakan markah kokurikulum pelajar eMKOKO iaitu semakan 10% penilaian Kementerian Pendidikan Malaysia boleh dibuat secara online.

Berikut adalah langkah semakan eMKOKO dibuat

  1. Layari pautan yang diberikan di bawah
  2. Masukkan nombor kad pengenalan dengan tepat
  3. Klik ‘semak’
Pautan Semakan Online eMKOKO
Semakan Markah Penilaian Kokurikulum

Markah eMKOKO sangat penting kerana ia merupakan syarat yang ditetapkan oleh kementerian untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat Institu Pengajian Tinggi. Penetapan 10 peratus markah juga adalah dinilai melalui sekolah dengan modul Penilaian Berasaskan Sekolah (PBS) yang telah digariskan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).

Sekiranya anda mempunyai masalah atau keraguan mengenai markah yang diperolehi dalam eMKOKO, anda boleh merujuk kepada guru kokurikulum sekolah masing-masing.

Aplikasi Semakan SAPS Ibubapa